Selasa, 18 Jun 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Polis rampas senapang angin <b>di Besut</b> ABN News | BM

Posted: 04 Jun 2013 05:07 AM PDT

BESUT – Polis merampas selaras senapang angin buatan sendiri daripada seorang petani di Kampung Hutan Nangka di Jerteh semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supritendan Noor Zainy Mohd Noor berkata, rampasan itu dibuat selepas sepasukan polis menyerbu sebuah rumah untuk memeriksa seorang suspek yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah sebelum menemui senjata berkenaan.

"Ketika serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari, suspek yang merupakan seorang penagih, ketika itu sedang berehat dalam rumah dan meletakkan senapang berkenaan di tepi tempat duduk sofa.

"Turut ditemui bersama suspek ialah sebiji pil yang dipercayai dadah sebelum dia ditahan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, ini merupakan rampasan kedua dalam tempoh dua minggu, iaitu kes pertama menyaksikan seorang buruh ditahan kerana memiliki selaras senapang angin bersama tiga butir peluru bebola besi di Kampung Gong Ubi Keling, Kampung Raja pada 21 Mei lepas, yang mendakwa menggunakan senjata api itu bagi menembak burung.

Dalam perkembangan lain, Noor Zainy meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan Mohd Hasrul Nawi, 25, atau 'Mat Yo' yang beralamat terakhir di nombor 95, Jalan Kubang Bemban, Kampung Raja di sini untuk membantu pihak polis menyelesaikan satu kes samun.

Dalam kejadian pada petang Ahad itu, seorang lelaki berumur 27 tahun membuat laporan polis bahawa beliau disamun dan kehilangan sebuah telefon bimbit.

Mangsa juga cedera di tiga jarinya serta rusuk sebelah kanan dan terpaksa menerima 15 jahitan akibat ditetak dengan golok ketika kejadian. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads