Isnin, 17 Jun 2013

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


<b>Rantau Abang</b> dan Teluk Pasu Bakal Hadapi Pilihanraya Kecil <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2013 05:57 PM PDT

terengganuKUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) Terengganu memfailkan dua petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang dan Teluk Pasu pada Selasa.

Wakil jurucakap BN, Che Awang Salleh berkata petisyen itu difailkan pada pukul 11.30 pagi oleh Tetuan Rafaei & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di sini.

Kira-kira 100 penyokong BN hadir di perkarangan kompleks mahkamah ketika petisyen difailkan.

Ahad lepas, PAS Terengganu memfailkan dua petisyen PRU13 bagi DUN Hulu Besut dan DUN Kuala Berang atas alasan utama berlaku amalan rasuah.

Di IPOH, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak memfailkan dua petisyen PRU13 di Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan sebagai tidak sah dan batal keputusan bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh.

Petisyen pertama difailkan menerusi peguam Madhi Hasan yang juga bekas calon PKR bagi kerusi itu.

Petisyen kedua menerusi peguam Chong Kok Yew yang mewakili pengundi Bagan Datoh, Azmi Sulaiman. Kedua-dua petisyen difailkan pada pukul 3.15 petang ini.

Madhi, Naib Pengerusi PKR Perak, berkata petisyen itu difailkan atas dakwaan berlaku perbuatan rasuah serta perbelanjaan berlebihan oleh calon lawan yang merupakan satu kesalahan pilihan raya.

Pada pilihan raya itu, Madhi ditewaskan oleh calon BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meraih majoriti 2,108 undi. PKR hanya menang lima daripada 19 kerusi DUN Perak yang ditandinginya manakala bagi kerusi parlimen pula, parti itu menang tiga daripada sembilan yang ditandingi iaitu Lumut, Sungai Siput dan Gopeng.- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads