Sabtu, 27 April 2013

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Pertubuhan Peladang Melabur Untuk Projek Ubi Vitato <b>Di Setiu</b> <b>...</b>

Posted: 31 Jan 2013 12:08 AM PST

Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) akan melabur RM300,000 untuk melaksanakan projek mini estet ubi vitato di daerah Setiu mulai Mac ini.

Pengurus Besarnya, Sawalludin Ahmad berkata peruntukan itu diperoleh dari Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di bawah program pengeluaran makanan asas.

"Mini estet itu akan dilaksanakan di bekas tapak Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) seluas 33.5 hektar di Rhu Tapai, Merang, Setiu, yang meliputi pembangunan infrastruktur, kerja pembajakan, gaji pekerja serta imput pertanian," katanya kepada Bernama pada Selasa.

Katanya Jabatan Pertanian Negeri Terengganu (JPNT) telah meluluskan tapak kawasan itu bagi kegunaan PPNT dengan pajakan selama 20 tahun pada kadar RM100 hektar setahun.

Kawasan tersebut amat sesuai untuk ditanam ubi vitato kerana tanahnya dari jenis bris, dengan bentuk muka bumi yang rata dan tidak ditenggelami air pada musim tengkujuh.

Kawasan itu, yang terletak lebih kurang 40 km dari pusat bandar Kuala Terengganu, juga mempunyai kemudahan infrastruktur, bekalan elektrik, jalan ladang serta sistem perparitan yang lengkap.

Sawalludin berkata objektif projek ialah untuk memantapkan dan memperkukuhkan rantaian nilai industri tanaman ubi vitato dari peringkat pengeluaran benih, tanaman sehinggalah pemprosesan.

"Tanaman ini juga akan membekalkan bahan mentah ubi vitato kepada kilang tepung vitato pada harga yang kompetitif serta mewujudkan skim payung atau ladang kontrak kepada para petani di negeri Terengganu," katanya.

Beliau berkata projek itu akan dilaksanakan secara korporat oleh PPNT dan akan diuruskan oleh seorang Pengurus Projek dengan dibantu tiga orang pekerja tetap.

Katanya satu Jawatankuasa Teknikal yang terdiri wakil Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Jabatan Pertanian dan MARDI akan memantau perkembangan projek itu supaya mencapai sasaran dan matlamat.

"Penanaman dijangka dapat dimulakan pada Mac ini dan dituai pada Jun 2013. Ia mengambil masa pengeluarannya sekitar tiga bulan," katanya.

Dianggarkan sebanyak dua pusingan tanaman akan dapat dilaksanakan dalam setahun dengan tuaian terakhir pada Oktober. Ini akan dapat mengelakkan penuaian dibuat pada musim tengkujuh yang akan memberi kesan kepada kualiti hasil.

Sawalludin berkata pihaknya menjangka setiap hektar tanaman berkeupayaan mengeluarkan 20 tan metrik ubi vitato dan keseluruhan projek akan mengeluarkan sehingga 400 tan metrik.

Katanya projek itu dijangka menghasilkan pendapatan RM280,000 setahun dan ia akan dipasarkan kepada kilang tepung vitato PPNT, Fama dan pasaran runcit tempatan.

– BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads