13 di hulu terengganu - Google Blog Search |
Rakyat <b>Di Hulu Terengganu</b> Tiada Sebab Tolak BN - MyNewsHub Posted: 25 Apr 2013 12:58 AM PDT KUALA BERANG – Rakyat di kawasan Hulu Terengganu tidak mempunyai sebab untuk menolak Barisan Nasional (BN) pada hari pengundian 5 Mei ini, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Ahmad Said. Katanya ini kerana prestasi cemerlang kerajaan BN sudah terbukti menerusi pelaksanaan pelbagai janji termasuk pembinaan prasarana asas, sukan dan pelancongan yang memberi manfaat kepada rakyat. Masih banyak lagi yang sedang dan akan dilaksana jika BN terus meneraju negeri ini, kata Ahmad pada majlis Pemimpin Turun Padang, di sini hari ini. Merujuk kepada pembangunan pesat di Tasik Kenyir, Ahmad berkata selain pembangunan yang sedang dilakukan, BN Terengganu merancang membina tiga hotel dengan 750 bilik di kawasan tumpuan pelancong itu bagi menarik lebih ramai pengunjung. "Kita sasarkan dua juta pelancong ke Tasik Kenyir setahun," katanya. Pada pilihan raya kali ini BN tampilkan calon baharu Datuk Jailani Johari bagi kerusi Parlimen Hulu Terengganu sementara kerusi dewan undangan negeri (DUN) pula ditandingi Rozi Mamat (Telemung), Yusof Awang Hitam (Manir), Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Kuala Berang), dan Ghazali Taib bagi DUN Ajil. – BERNAMA Iklan Teks:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from di hulu terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan