Isnin, 18 Mac 2013

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


<b>Terengganu</b> My Heritage: Le Tour De Langkawi 2013 <b>di Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2013 11:01 PM PST


Kejohanan Le Tour De Langkawi di Terengganu. Sebanyak 3 peringkat perlumbaan termasuk peringkat akhir kejohanan yang menjadi kemuncak kepada perlumbaan. Kejohanan lumba basikal terbesar di Asia ini sememangnya di tunggu-tunggu oleh peminat sukan dan rakyat Terengganu yang sejak awal pagi sudah 'stand bye' di tepi jalan menanti gerombolan pelumba basikal yang berlumba.

Blogger juga sempat merakamkan detik bersejarah ini bagi peringkat Pasir-Puteh ke Kuala Berang di Kg Putera Jaya, Setiu, Terengganu.

Kerajaan Negeri Terengganu juga menjadi penaja terbesar kejohanan sebagai satu acara terbesar bagi Tahun Melawat Terengganu 2013. Di harap dengan liputan media dan berita sepanjang LTDL ini akan memberi impak positif kepada pelancongan negeri Terengganu.


Mendengar dan melihat ulasan secara langsung di TV1 oleh pengulas Hasbulah Awang dan Kiki di Taman Shahbandar juga dengan pandangan dari udara oleh kru dengan helikopter sememangnya menggambar Kuala Terengganu dan negeri Terengganu adalah negeri yang amat menarik dan patut di lawati.

Jadi tugas kita sebagai rakyat Terengganu terutama penggiat pelancongan adalah besar bagi memastikan pelancong yang datang ke Terengganu tidak kecewa dan menjadi ' indah khabar sebagaimana rupa'.


Dengan kehadiran kru pasukan, petugas media serta pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung akan melimpahkan hasil negeri melalui aktiviti perlumbaan LTDL ini.

LTDL sememangnya memberi impak yang besar kepada pelancongan Terengganu. Rebutlah peluang dengan  menampilakn idea dan usaha yang lebih kreatif dan inovatif bagi menawan pelancong ke Terengganu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads