13 di kuala besut - Google Blog Search |
- majlis perkahwinan, faiz & zahirah, pasir puteh, kelantan + <b>kuala besut</b>
- 300 peserta berbakti <b>di</b> PPRT Pengkalan Atap,<b>Kuala</b> <b>...</b> - teganuki ta
- Kerajaan akan bina rumah untuk mangsa ombak <b>di Kuala Besut</b>
majlis perkahwinan, faiz & zahirah, pasir puteh, kelantan + <b>kuala besut</b> Posted: 11 Mar 2013 06:19 AM PDT . Lain-lain gambar menarik, sila rujuk galeri Mac antara bulan yang tersibuk di dalam kalendar saya. Client pertama untuk bulan ini adalah pasangan Faiz & Zahirah. Lokasi majlis bertempat di Pasir Puteh, Kelantan dan Kuala Besut untuk lokasi majlis sambut menantu. Kiranya 3 hari kami (dengan 2 orang assistant) berkelana dan bermalam di Kuala Besut. Sambil-sambil makan angin… hehe. Banyak juga melantak makanan seafood sepanjang perjalanan. Maklumlah buang stress dengan tugasan bulan Februari yang agak banyak juga. Apapun, saksikan serba sedikit gambar di majlis akad + resepsi + resepsi pihak lelaki. Gambar outdoor akan diupload di post seterusnya. Tunggu!! . Best regards, AYIEN FAZRIEN PICTURES (TR0080056-W) Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my |
300 peserta berbakti <b>di</b> PPRT Pengkalan Atap,<b>Kuala</b> <b>...</b> - teganuki ta Posted: 11 Jan 2013 10:59 PM PST
Oleh: Mohammad Ishak Penempatan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Pengkalan Atap,Kuala Besut, yang dilanda ombak besar ahkir tahun lalu terus mendapat perhatian komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan yang mengadakan khidmat sosial dan gotong royong. Gabungan Sukarelawan MAYC Besut bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sukarelawan Majlis Belia Malaysia (MBM) menghabiskan masa sehari di kampung itu hari ini. Program gotong royong itu disertai 300 peserta mewakili pertubuhan berkenaan yang dimulakan jam 8 pagi dan berakhir 4 petang memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan kawasan serta rumah penghuni yang tertimbus dengan pasir. Lebih membangkitkan semangat peserta apabila Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Abdullah Md Zin hadir pada sebelah bagi manakala Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhar pada tengahari sambil beramah mesra dengan peserta. Penyelaras program Wan Adilah Wan Nawang berkata, sukarelawan yang mewakili NGO terbabit dikerah bagi membantu mangsa bencana ombak yang melanda penempatan mereka baru-baru ini. Katanya, berbekal semangat kesukarelaan peserta bergabung tenaga mengadakan kerja gotong royong dengan memberi tumpuan kepada kebersihan sekitar yan g dipenuhi dengan sampah sarap akibat bencana berkenaan. Menurutnya, walapun tempat itu sudah banyak kali dijadikan sasaran pelbagai pihak untuk mengadakan gotong royong tetapi ia perlu pemerhatian berterusan kerana dalam tempoh dua minggu rumah mereka tiga kalim dilanda musibah. "Tugas NGO membari bantuan sekadar mampu dan tenaga anak muda digembelingkan bagi menjayakan kerja amal itu," katanya. |
Kerajaan akan bina rumah untuk mangsa ombak <b>di Kuala Besut</b> Posted: 16 Dec 2012 08:46 PM PST
Oleh: Mohammad Ishak Masalah kebimbangan penghuni di penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pengkalan Atap,Kuala Besut,dijangka dapat diselesaikan apabila kerajaan negeri membina rumah kediaman untuk mereka. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri,YB Dr A Rahman Mokhtar berkata, projek perumahan berharga RM10 juta di Kampung Lay Out Tok Saboh dalam DUN Kuala Besut itu kini dalalam proses tawaran harga kepada kontraktor. Katanya, pembinaan rumah kediaman itu bagi menempatkan 46 keluarga di PPRT terbabit yang hidup dalam ketakutan kerana kawasan itu sering berlaku ombak besar terutama musim tengkujuh. Dr A Rahman yang juga ADUN Kuala Besut berkata demikian ketika melawat kawasan penempatan PPRT terbabit yang dilanda ombak besar malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu ombak kuat memukul pantai menyebabkan banteng dan jalan di situ pecah dan rosak teruk tetapi penghuninya terselamat. Berikutan itu, Dr A Rahman mengarahkan jabatan dan agensi terbabit segera mengambil tindakan dan membantu memulihkan keadaan di kawasan penempatan berkenaan. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut terpaksa menggunakan 10 lori untuk memunggah batu konkrik dan dijadikan banteng penghadang ombak bagi mengelak hakisan pantai terus merebak di situ. |
You are subscribed to email updates from di kuala besut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan