ads

Ahad, 24 Mac 2013

13 di pulau bidong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau bidong</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jan 2013 09:02 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Terengganu My Heritage: Berbakti <b>di Pulau Bidong</b>

Posted: 24 Jun 2012 02:00 AM PDT

Berbakti di Pulau Bidong
Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail
bminggu@bharian.com.my
2011/10/23


MENYEDARI pentingnya usaha pemeliharaan dan pemuliharaan dasar laut, Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia (Coral Malaysia) menganjurkan Hari Pemuliharaan Alam Sedunia 2011 di Pulau Bidong, Terengganu pada 15 hingga 18 September lalu.
Program memulihkan khazanah alam ini yang masuk tahun keempat, dijayakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kerajaan Terengganu, disertai 80 sukarelawan termasuk penyelam skuba dengan aktiviti utama menjurus kepada usaha membersihkan dasar laut dan pantai.
Turut diadakan pada program yang diserikan dengan kehadiran Duta Coral Malaysia, Fauziah Latiff ini adalah dialog bersama peserta. Kemuncak acara adalah majlis menandatangani plak akujanji memelihara perairan Pulau Bidong yang kemudian ditempatkan di Galeri Dasar Laut yang dibina Coral Malaysia pada 2006.

Perairan Pulau Bidong juga menempatkan tukun tiruan khas untuk penyelam skuba yang sentiasa mencari kelainan apabila meneroka dasar lautan. Sekitarnya, ada kira-kira 21 lokasi selam skuba, setiap satu dengan keunikan tersendiri, antaranya Tukun Bidong, Tugu Bidong, Pasir Tenggara, Teluk Belanga.

Ada juga Galeri Dasar Laut yang unik kerana turut menempatkan replika warisan negeri, antaranya batu bersurat, tepak sirih, tengkolok, keris dan perahu payang.

Pulau ini pernah menjadi tempat perlindungan hampir 250,000 pelarian Vietnam selama 16 tahun bermula Mei 1975 sebelum ditutup pada 1991. Mengambil kira aspek sejarahnya, pulau berkeluasan kira-kira 203 hektar ini turut dijadikan khazanah negeri dan sebarang pembangunan tidak dibenarkan kecuali sebuah pusat penyelidikan UMT.
Ikuti catatan penulis yang berpeluang menyertai program selama tiga hari ini.

Rabu

9 malam
Peserta yang memilih berkonvoi ke destinasi berkumpul di Galeri CM, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur untuk mendengar taklimat mengenai konvoi dan apa yang perlu dilakukan sepanjang perjalanan dan sebaik tiba di Jeti Marang, Terengganu, keesokannya.

Khamis

10 pagi
Peserta yang terdiri daripada penuntut dan pensyarah UMT, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari kampus Gombak dan Pahang, ahli Anak Laut, Skuba Ted serta wakil media dan kakitangan Kementerian Pelancongan Terengganu, Tourism Malaysia Terengganu dan wakil Kerajaan Terengganu berkumpul di Jeti Marang untuk bertolak ke Pulau Bidong yang terletak 30 batu nautika dari pantai dan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai dengan menaiki bot.

11 pagi
Peserta diberikan taklimat oleh Presiden Coral Malaysia, Jamhariah Jaafar dan Pegawai Sains Kanan UMT, Baharin Mustapa serta Dekan Fakulti Agro Teknologi dan Sains Makanan UMT, Prof Sayed Mohd Zin S Hassan berhubung program dan objektif Hari Pemuliharaan Alam Sedunia 2011. Sebaik tiba di destinasi, majlis suai kenal diadakan diikuti makan tengah hari sambil menikmati pemandangan sekitar pulau yang masih cantik terpelihara.

3.30 petang
Syawal masih belum berakhir ketika program ini dilangsungkan, jadi suasana hari raya masih dirasai. Peserta bergotong royong membuat persediaan meneruskan kemeriahan Aidilfitri di Pulau Bidong dengan menu istimewa, antaranya kambing panggang, sate, lemang dan ketupat.

8 malam
Makan malam dan sambutan hari raya di Pulau Bidong dalam suasana unik berlatar belakangkan keindahan pantai dan kedinginan angin malam memberikan peserta semangat walaupun penat memandu dan menguruskan aktiviti sepanjang hari.

10 malam
Peserta diberikan taklimat mengenai program yang akan dilalui keesokannya, termasuk meletak tukun tiruan di lokasi sekitar perairan pulau Bidong.

Jumaat

9 pagi
Selepas bersarapan, sekumpulan peserta memulakan aktiviti selam untuk meletakkan barangan di Galeri Dasar Laut dan sebahagian lagi membersihkan jeti serta pantai, diikuti jamuan tengah hari. Sampah seperti tin minuman dan plastik yang dikumpul kemudian ditanam untuk memastikan ia tidak mencemarkan laut.

8 malam
Majlis makan malam diadakan serentak persembahan rakaman video projek menurunkan tukun tiruan. Peserta turut diberikan taklimat mengenai majlis menandatangani plak ikrar Akujanji Memelihara Pulau Bidong di dasar laut yang akan disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis pertama seumpamanya pernah diadakan di negara ini.

Sabtu

10 pagi
Majlis menandatangani plak akujanji disempurnakan pada kedalaman 13.5 meter oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said sambil disaksikan lebih 60 ahli Coral Malaysia. Turut serta pada majlis bersejarah itu, Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Aziz Deraman; Jamhariah; Fauziah dan wakil MBR, Zulhairi Md Zin. Acara ini adalah yang keenam dicatat dalam MBR menjadikan Coral Malaysia persatuan pencinta laut paling banyak mencipta rekod dalam MBR. Selepas majlis selesai kira-kira jam 11.30 pagi, semua penyelam meraikan hari raya di dasar laut, menyelam sambil mengenakan pakaian raya.

8 malam
Majlis makan malam diadakan serentak penyampaian sijil penghargaan kepada peserta program.

Ahad

9 pagi
Selepas bersarapan, semua penyelam tidak melepaskan peluang meneroka keindahan dasar perairan Pulau Bidong. Mereka yang tidak memiliki lesen skuba pula menyertai aktiviti snorkling yang tidak kurang hebatnya.

3 petang
Selepas tiga hari menjalankan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan dasar laut di Pulau Bidong serta menikmati keindahan ciptaan Ilahi, semua peserta berkumpul untuk berlepas ke Jeti Marang dan seterusnya pulang ke destinasi masing-masing

 sumber: berita harian

* Blogger pun belum sampai lagi ke Pulau Bidong ini untuk melihat sendiri sejarah peninggalan pelarian Vietnam serta keindahan bawah lautnya yang dikatakan amat indah bagaikan syurga di bawah laut.

Menyelusuri sejarah dan khazanah laut <b>di Pulau Bidong</b>, Terengganu

Posted: 09 Oct 2012 08:09 PM PDT

Alhamdulillah dah masuk bulan baru, dah agak lama takde blog update, was not in the line with internet last few days since pergi bertapa for a few days in Pulau Bidong, Terengganu. So, i will bring u together to know about what is "Bidong Island"..okey??!!
 painted for hypermarket :)
Secara ringkas, Pulau Bidong pernah menjadi kem pelarian vietnam dan digelar Mini Saigon ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Dan pulau yang sememangnya terkenal dengan keindahan alam semulajadi serta keunikan terumbu karang yang masih terpelihara ini sering menjadi tumpuan pelancong terutama bagi mereka yang menggemari aktiviti selaman skuba.
Pulau Bidong ni sebenarnya hanya merupakan sebuah pulau kecil yang terletak 45km di luar pantai Terengganu dan berada di Laut China Selatan.  Pada 8ogos 1978, pulau terbabit telah dijadikan tapak peralihan pelarian perang dari Vietnam. Dan pada tahun 1991, kesemua pelarian Vietnam telah dipindahkan ke negara-negara Eropah, seperti di Amerika Syarikat, Kanada dan lain-lain.
Dan kini, pulau bidong telah dijadikan pulan warisan negeri dan diwartakan kepada Universiti Malaysia Terengganu UMT bagi dijadikan pusat penyelidikan, khususnya membabitkan hidupan marin.
Status pulau yang tidak berpenghuni ini, menjadikan pulau ini agak terpencil dan tersorok, malah kalau nak datang untuk scuba diving pun, kena minta kebenaran dari pihak UMT, ini kerana Pulau Bidong bukan lah pulau yang dibuka secara "open" kepada pelancong, dan terhad, bagi memastikan kawasan di pulau Bidong ini dijaga, banyak program konservasi dan pemeliharan dijalankan di pulau ini. Salah satunya, dengan tidak membina sebarang resorts di kawasan ini... Banyak juga kesan tinggalan pelarian Vietnam yang masih ada di Pulau Bidong. Ada divers yang saya tanya memberitahu, kalau mereka dive di dasar laut, ada lagi mereka temui pelbagai barangan milik pelarian vietnam.
Walaubagaimanapun, pembinaan Galeri Dasar Laut yang terletak pada kedalaman 16 meter di dasar laut ini lah menjadi tarikan penyelam untuk datang ke pulau bidong, disamping dengan corals nya yang amsih terpelihara. Galeri Dasar Laut ini dibina hasil kerjasama Yayasan Coral Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu.
Banyak sebenarnya keunikan yang ada di Pulau Bidong ni, selain nilai sejarahnya, keunikan serta keindahan terumbu karang yang ada di Pulau Bidong, memang tak dapat dinafikan. memang cantik. sebab itu pulau ini menjadi salah satu lokasi wajib bagi penggemar selam skuba. More to explore in Bidong Island.
 bersama rakan-rakan media.
 dengar elok-elok, jangan silap langkah lak! 
 tu dia, semangat saya mendengar taklimat sebelum menyelam :) 
wooww! i am so amazing..do i? eh..eh..dia ni... 
Program Save our Sea, Say No to plastic by yayasan coral Malaysia dengan kerjasama state government KPDNKK dan a few lagi agensi memberi peluang kepada saya untuk mencuba aktiviti selam skuba ni, it was very wonderful.
And bukan senang you all nak dive ni, berkali-kali timbul ke permukaan, gara-gara tak reti nak equalize, seksa sangat at my first try.... tapi bila dah tahu baru lah slowly boleh turun ke bawah.. Anyway it was really fun, and insyaAllah next trip akan join depa lagi. Best!
p/s: will come again to Bidong, insyaAllah :)

T E G A N U K I TA: Pelancong Vietnam `pulang&#39; ke <b>Pulau Bidong</b>

Posted: 22 Jan 2013 09:10 PM PST

Oleh: Aida Abd Rahman

Seramai 300 pelancong dari Vietnam dijangka pulang ke bekas penempatan mereka suatu masa dulu - Pulau Bidong, sebaik sahaja pulau itu mula dibuka kepada pelawat, pada Mac ini.

Pelancong berkenaan bakal mengunjungi pulau yang terletak 40 kilometer dari bandar Kuala Terengganu menerusi usaha dan kerjasama Dewan Perniagaan Cina Terengganu (DPCT) sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata pelancong dari Vietnam berkenaan berhasrat untuk melawat lokasi yang pernah menjadi kem pelarian mereka sebelum kawasan itu ditutup dan diserahkan kepada Kerajaan Terengganu pada 1991.

"Kehidupan mereka kini sudah berubah dan senang. Mereka datang semula untuk melihat monumen seperti kubur dan sebagainya yang terdapat di situ.

"Kerajaan negeri membenarkan mereka yang kebanyakannya dari Amerika Syarikat membuat lawatan ke pulau itu sebaik sahaja pulau itu dibuka kepada pelawat bermula Mac nanti," katanya, baru-baru ini.

Datuk Abdul Rahin berkata, kerajaan negeri akan memastikan pelancong dapat mematuhi peraturan dan mekanisme yang ditetapkan bagi mengelakkan pencemaran alam, memulihara serta mengekalkan keindahan khazanah berharga di pulau itu.

Katanya, kerajaan memperuntukkan RM200,000 bagi membersih dan mengekalkan keindahan alam semula jadi, flora dan monumen bersejarah di situ tanpa melakukan nilai tambah kepada bahan peninggalan lama itu.

"Untuk membangunkan monumen yang menjadi mercu tanda yang mengambil kira etnik serta asal usul pelarian Vietnam di Pulau Bidong sebagaimana cadangan, kita menerima bantahan daripada G to G (antara kerajaan dengan kerajaan).

"Dalam hal ini, kita bercermat dalam aspek itu supaya tidak mengeruhkan keadaan. Setakat ini, kita benarkan mereka datang untuk menziarahi kubur dan monumen yang terdapat di situ sahaja," katanya.


0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved