Ahad, 24 Mac 2013

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Konvokesyen pertama Politeknik <b>Hulu Terengganu</b> | Terengganu <b>...</b>

Posted: 08 Aug 2012 09:23 PM PDT

Politeknik Hulu Terengganu (PHT) bakal melakar rentetan sejarah awalnya dengan majlis konvokesyen pertama yang dijadualkan pada 28 Ogos ini.

PHT dalam satu kenyataan memberitahu, ia melibatkan 80 pelajar kumpulan perintis yang mengikuti pengajian Diploma Perakaunan di samping Diploma Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti.

Majlis akan berlangsung di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu dan perasmian bakal disempurnakan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, YB. Mohd. Nor Othman.

Menyingkap sejarahnya, PHT memulakan operasi pada 2 Mei 2008 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dengan menawarkan dua program utama itu.

Pada Jun 2010, ia memindahkan operasi ke daerah ini dengan menyewa premis Majlis Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang.

Politeknik itu kini mempunyai hampir 370 pelajar dengan 49 kakitangan pelbagai kelulusan diketuai oleh Pengarahnya, Che Ku Amran Che Ku Ali.

Antara jabatan utama yang terdapat di PHT adalah Jabatan Perdagangan, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dan Jabatan Pengajian Am.

Selaras dengan visi dan misi kementerian, PHT menawarkan beberapa kemudahan kepada para pelajar dan kakitangan seperti bilik kuliah, makmal komputer, perpustakaan, surau, kiosk dan sebagainya.

Bagi menambahkan lagi keselesaan, PHT juga mengadakan kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan termasuk majlis daerah untuk menyediakan kemudahan seperti dewan, padang, gelanggang sukan dan juga kemudahan akses Perpustakaan Awam Hulu Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads