13 di rantau abang - Google Blog Search |
Nurhayani Zahirah : Berpisah Seketika…Kembali Penat Melayan <b>...</b> Posted: 02 Feb 2013 09:28 PM PST Bersama Hayani kembali setelah beberapa lama berjauhan mata darinya, banyak juga perkembangan yang terlepas sepanjang tidak bersama. Malah ada baiknya juga, Hayani agak mudah dengan orang luar walaupun tidak seberapa berbanding sebelum ini yang langsung memang tidak mahu diambil orang. Sepeningkatan usianya mencapai setahun sudah, keletahnya makin menyelah, makin bijak memahami tutur kata, mulutnya yang semakin 'kemuraian' tanpa henti dan gerak geri yang memang penat nak melayan. Panjat situ dan panjat sini. Pertama: Mula pandai mengarah nak ke situ nak ke sini dengan hanya menuunjuk tangannya dan"urghhh….urghhh…" sambil-sambil minta didokong. Keduanya: Bab nak memanjat yang tak tahannya. Mentang-mentang la dah boleh berdiri sendiri, tu pun tak berapa stabil. Tapi ada hati nak memanjat sofa, katil dan kerusi makan. Ketiga: Main-main dengan Oren, dah boleh gosok/belai pelan-pelan berbanding dulu dengan gaya yang agak kasar. Siap kejar lagi dengan merangkak dan panggil Oren dengan gaya ala-ala bagi ayam makan sambil tangan terkuis-kuis. Keempat: Mulut yang becok, tak tahu apa yang dibebelkanya yang memang langsung tak faham. Apa yang mampu dibalas, "yelahh…", "ha'a…." dan "Hayani cakap apa tu". Kelima: Perkara paling suka bila main sembunyi-sembunyi, paling best dia buat "baa… cak". Pastu buat-buat ketawa. Keenam: Mula faham apa yang diarah bilamana sesuatu perkara tersebut selalu dilakukannya. contoh bila disuruh salam, terus je hulur tangan dan bersalam siap kucup tangan lagi. Bila diarah bye bye, terus tangannya goyang-goyang tanda bye bye dengan lebih sempurna berbading sebelum ini. Kadang-kadang, bye bye nya arah yang bertentangan. Itu pun kalau "mood"nya baik. Ketujuh: Apa yang kami buat, itu jugalah yang dia nakkan. Bila tak bagi, dia ambil je tak pandang kiri kanan dah. Tak lama pun, mula bosan dan buat kacau. Walau sepenat manapun melayan kerenahnya, walau selasak manapun kudratnya, tapi aku gembira dengan peningkatan yang telah dicapainya. Sejauh mana kudrat seorang anak yang masih kecil yang mencari bagi mengerti sebuah kehidupan. Ada kala aku mengeluh setelah kepenatan, ada masa aku menegah sifat sikecil yang kenakalan, tapi aku perlu dan masih kuatkan sedikit kudrat yang terpendam dan kekalkan akal kewarasan. |
You are subscribed to email updates from di rantau abang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan