13 di pulau bidong - Google Blog Search |
sultan mizan menyelam <b>di pulau bidong</b> bersama fauziah latif Posted: 19 Apr 2012 01:48 AM PDT SETIU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Bidong Underwater & Land Challenge anjuran Coral Malaysia, kerajaan negeri Terengganu dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Bidong di sini, hari ini. Baginda turut menyelam selama sejam bersama Duta Coral Malaysia iaitu artis terkenal tanahair, Fauziah Latiff dan Presiden Coral Malaysia, Jamhariah Jaafar untuk menikmati keindahan terumbu karang di perairan Pulau Bidong. Program selama empat hari yang bermula hari ini turut disertai oleh 70 penyelam skuba profesional yang turut mengambil gambar untuk pertandingan merakam keindahan dasar laut anjuran Coral Malaysia. Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Abdul Rahin Mohd Said serta Timbalan Naib Canselor UMT Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr Yahaya Ibrahim. Fauziah ketika, ditemui pemberita berkata program ini adalah yang pertama kali diadakan di Pulau Bidong sempena Hari Bumi 2012. Sebelum ini Coral Malaysia mengadakan aktiviti selaman di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tenggol. – BERNAMA Incoming search terms: |
You are subscribed to email updates from di pulau bidong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan