Selasa, 5 Februari 2013

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


Tasik Kenyir ubah <b>Kuala Berang</b> jadi maju - Pasukan Tindakan <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2013 09:27 AM PST


Tasik Kenyir yang bakal menjadi destinasi pelancongan utama di Terengganu tidak lama lagi, akan mengubah wajah Kuala Berang menjadi antara bandar termaju di negeri ini, menjelang tahun 2020.
Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, yakin dengan pelbagai kemudahan pembangunan di tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara itu akan mempengaruhi pembangunan bandar Kuala Berang.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Hulu Terengganu di Padang Majlis Daerah Hulu Terengganu, semalam.
Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan menaiktaraf jalan menuju ke Tasik Kenyir bagi memendekkan masa perjalanan dari bandar Kuala Terengganu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
"Pada akhir tahun ini kita akan membina 'factory outlet' di kawasan Tasik Kenyir bagi menempatkan pelbagai produk berjenama sebagai tarikan pelancong," katanya.
Katanya, banyak lagi kerja-kerja binaan akan dilaksanakan di kawasan tasik berkenaan dalam tempoh terdekat ini bagi memastikan segala prasarana disediakan bagi membolehkanya menjadi antara destinasi pelancongan terbaik di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads