ads

Ahad, 10 Februari 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Mesyuarat Exco PAPISMA Pusat <b>di Kuala Terengganu</b> | papisma.org

Posted: 17 Dec 2012 04:53 AM PST

Kuala Terengganu, Sabtu, 8 Disember 2012 – Mesyuarat Exco PAPISMA Pusat kali ke-6 telah berjaya diadakan di rumah Bendahari Agung PAPISMA, Dr. Zaihan bt. Salleh, di Kg. Durian Mas Manir kira-kira 10 km dari Bandaraya Kuala Terengganu. Mesyuarat itu telah diadakan di Dewan Walet yang terletak di perkarangan rumah beliau. Ini merupakan kali ke-2 mesyuarat exco diadakan di Kuala Terengganu di mana kali pertama telah diadakan di Dewan Mesyuarat Klinik Ummi pada tahun 2009 yang lalu.

Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh seramai 13 orang ahli mesyuarat termasuk wakil cawangan, mantan Presiden, mantan Ketua GMP dan SUK PAPISMA Johor-Tengah. Mesyuarat yang bermula pada pukul 6.20 petang hingga 12.10 malam (termasuk makan malam, solat Maghrib dan Isyak) telah membincangkan pelbagai isu. Banyak keputusan telah terhasil yang akan terus menggerakkan PAPISMA untuk menghadapi tahun baru 2013 yang akan menjelang beberapa hari lagi.

Mesyuarat kali ini juga mencipta sejarah apabila ia diadakan bersama sidang akhbar dan penyampaian sumbangan derma PAPISMA kepada Palestin melalui wakil yang akan ke sana iaitu Yayasan Amal Malaysia (YAM). YAM telah diwakili sendiri oleh Presiden YAM, Tuan Haji Husin Ismail. Cek sumbangan PAPISMA sebanyak RM25,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Ribu) telah disampaikan oleh Presiden PAPISMA, Dr. Awisul Islah Ghazali. Pada majlis tersebut YAM turut menerima sumbangan daripada IPUKL yang disampaikan oleh Setiausahanya iaitu Sdr. Dr. Mohd. Nor Azri Ab Wahab. Majlis ringkas itu juga turut dihadiri oleh wartawan akhbar tempatan.

Semua delegasi yang tinggal di luar Terengganu telah bermalam di rumah Dr. Zaihan kecuali Dr. Khairul Afnan Khalid dan Sdr. Azreen Mustafa yang terpaksa balik ke Kota Bharu kerana ada tugas yang menanti keesokannya.

Selepas solat Maghrib berjemaah, para exco dan ahli mesyuarat menikmati makan malam yang telah disediakan.

Selepas menikmati makan malam dan solat Isyak berjemaah (bagi yang tidak musafir), mesyuarat disambung sehingga rombongan wakil Yayasan Amal Malaysia tiba untuk majlis sidang akhbar dan sumbangan derma Palestin.

Mesyuarat di sambung selepas sidang akhbar dan majlis penyampaian sumbangan derma kepada Palestin.

Aksi-aksi yang sempat dirakam sepanjang mesyuarat berjalan.

Keesokannya seawal kira-kira pukul 7 pagi para exco telah bersiap untuk pulang ke destinasi masing-masing. Tuan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden masing-masing akan ke Kuala Lumpur dengan penerbangan awal pagi ini, manakala yang lain menaiki kereta.

Alhamdulillah, sebagai tuan rumah, Dr. Zaihan dan suami sangat bersyukur di atas kesudian PAPISMA Pusat mengadakan mesyuarat di rumah mereka. Segala kekurangan moga dapat dimaafi. InsyaAllah jika delegasi PAPISMA akan mengadakan mesyuarat atau program-program lain di rumah mereka pada masa akan datang, dengan senang hati akan diterima.

2 NGO <b>Kuala Terengganu</b> Bantah Himpunan <b>di</b> Stadium Merdeka.

Posted: 11 Jan 2013 01:33 AM PST

alt

 

KUALA TERENGGANU 11 Jan. - Persatuan Generasi Prihatin & Persatuan Penarik Beca yang dihadiri seramai 40 orang di Kuala Terengganu hari ini berhimpun secara aman bagi membantah penganjuran 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' HKR KL112 yang bakal diadakan esok di Kuala Lumpur.

 

Menurut Mohd Fadzlong Bin Yusof  "perhimpunan aman yang diadakan ini adalah untuk membantah himpunan esok yang mana boleh mencetuskan insiden tidak diingini sepertimana demo bersih 3.0 yang lalu".

 

Beliau juga mengesa agar rakyat tidak memberikan sokongan kepada himpunan KL112 esok yang bakal memberikan kesan negatif kepada imej Negara serta mengundang huru hara.

 

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved