ads

Ahad, 10 Februari 2013

13 di kemaman - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


TEGANUKI TA: MB lalui jadual padat <b>di Kemaman</b> esok (9 Februari)

Posted: 07 Feb 2013 03:31 PM PST

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, bakal melalui jadual yang padat di Kemaman, esok (9 Februari).

Bermula jam 9 pagi beliau akan menyertai program gotong royong memasang atap tiga kediaman penduduk di Kampung Yak Yah, Kijal.

Selepas itu, Menteri Besar akan melawat kediaman salah seorang penduduk kampung itu yang uzur. Beliau turut mengambil kesempatan lawatan ke kampung itu untuk meninjau rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin, sebelum bertolak ke Sungai Mas, Padang Kubu, bagi menghadiri majlis perkahwinan salah seorang penduduk di kampung berkenaan.

Pada jam 3 petang, Dato' Seri Haji Ahmad akan hadir ke Program Raja Dam peringkat DUN Kijal di perkarangan Pejabat DUN Kijal.

Sejurus itu, beliau dijadualkan merasmikan Kejohanan Piala Veteran Umno anjuran Penyelaras Pemuda Umno DUN Kijal serta Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal di Padang Bukit Kuang.

Pada sebelah malamnya, beliau akan hadir ke Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina 2013 di Parking Lot, Hadapan Muzium Kemaman di Bandar Chukai.


T E G A N U K I TA: Lebih 40,000 sertai perarakan Maulidur Rasul <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 09:22 PM PST

Oleh: Kamarudin Mat Akib 

Menteri Besar Dato' Seri Haji Ahmad Said mengetuai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kemaman pagi ini yang disertai lebih 40,000 penduduk tempatan dan pelbagai pertubuhan.

Sebanyak 399 kontinjen terdiri daripada pertubuhan umno, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul tersebut.

 Menteri Besar melahirkan kegembiraan kerana sambutan Maulidur Rasul itu yang diadakan di setiap parlimen mendapat samburan luar biasa daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Tutut hadir  Pegawai Daerah Kemaman, Encik Mohamad Kamil Othman, ketua-ketua jabatan dan pemimpin setempat.


Dato' Seri Haji Ahmad berkata, sambutan luar biasa yang menyertai perarakan kali ini tiada kena mengena dengan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) tetapi sebaliknya rakyat setia memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Tahun lalu, kita juga pernah menganjurkan perakan seperti tetapi masyarakat juga keluar beramai-ramai menyemarakkan sambutan maulud yang dianjurkan kerjan BN," katanya ketika berucap pada sambutan itu.

 

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved