Selasa, 27 November 2012

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Smk <b>Wakaf Tapai</b>: SOLAT HAJAT PERDANA PMR & SPM 2012

Posted: 10 Oct 2012 12:26 AM PDT

Baru-baru ini SMK Wakaf Tapai telah mengadakan Solat Hajat Perdana PMR & SPM pada 4 Oktober 2012 (Khamis) bertempat di Surau SMK Wakaf Tapai. Majlis ini diadakan sempena musim peperiksaan PMR dan SPM yang bakal menjelang pada bulan Oktober dan November tahun ini. Program dimulakan secara rasmi oleh pengerusi majlis, En. Mohamed Roki bin Abdullah sebelum solat maghrib dengan bacaan doa. Pada jam 7.05 malam para pelajar dan para hadirin menunaikan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Tn. Hj. Abdul Wahab bin Ahmad,Imam Masjid Kg Rawai. Beliau juga telah mengimamkan solat sunat hajat yang juga dilakukan secara berjemaah sejurus selepas solat maghrib. Program disambung dengan ucapan Tuan Pengetua SMK Wakaf Tapai, En. Mohd Nasir bin Mohd Yusuf. Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dan juga kepada semua ibu bapa/penjaga yang sudi hadir.
Syabas kami ucapkan kepada pihak sekolah  yang telah berjaya menguruskan perjalanan majlis ini dengan sungguh baik sekali. Besarlah harapan kami, agar majlis seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads