ads

Selasa, 27 November 2012

13 di dungun - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Jenazah Hanisah Selamat Dikebumikan <b>Di Dungun</b> - Gelombang Kick

Posted: 07 Sep 2012 08:37 PM PDT

DUNGUN: Jenazah Hanisah Muhd Shah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia Ahad lalu, selamat dikebumikan pada jam 7.55 pagi tadi di tanah perkuburan Islam Syed Yahya di Kampung Molek di sini, hari ini.

Suasana pilu menyelubungi anggota keluarga dan jiran serta kenalan yang mula berkumpul sebelum subuh lagi di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah di kampung berkenaan.

Jenazah Hanisah, 22, pelajar tajaan MARA tiba di sini pada jam 6.53 pagi terus dibawa ke masjid itu untuk disembahyangkan selepas solat subuh sebelum terus dikebumikan dengan dihadiri lebih 100 kenalan.

Jenazah sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) 10.05 malam tadi dengan pesawat Emirates Airlines dari Dubai bersama jenazah seorang lagi pelajar Malaysia yang juga mangsa kemalangan sama, Adzreen Dimyati.

Manakala jenazah Adzreen, 22, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disemadikan di tanah perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya jam 12.40 tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu, Hanisah dan Adzreen maut manakala lima lagi rakannya yang juga pelajar cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van selepas mereka baru kembali ke negara itu memulakan pelajaran semesta baru.

Kesemua mereka adalah pelajar tahun 5 Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod dan sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny selepas pulang bercuti di Malaysia ketika kemalangan maut itu berlaku.
- BERNAMA

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved