Selasa, 27 November 2012

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Che Syaedah: mStar Online : Jenayah

Posted: 25 Nov 2012 07:18 AM PST

URL Sumber Asal :-

Pegawai Penjara, Remaja Perempuan Maut Dalam Kemalangan Di Melaka

Posted:

MELAKA: Seorang pegawai penjara dan seorang remaja perempuan maut dalam kemalangan jalan raya berasingan di Melaka, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata dalam kejadian pertama, pegawai Penjara Sungai Udang, Mohd Hanafiah Abd Wahab, 25, maut selepas kenderaan dipandu sepupunya ertembung sebuah lagi kereta di LebuhRaya Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) pada kira-kira 11 malam.

Beliau berkata kereta Mitsubishi Galant yang dinaiki mangsa dari arah Bertam Ulu menghala Sungai Udang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung Proton Saga BLM.

Katanya, ekoran kemalangan itu, Mohd Hanafiah tersepit di tempat duduk penumpang depan serta cedera di kepala dan dada sebelum disahkan meninggal dunia pada 11.25 malam di Hospital Melaka manakala sepupu mangsa yang berusia 30-an serta penumpang kereta Proton Saga terbabit hanya cedera ringan.

Dalam kejadian kedua, Salehhuddin berkata Nur Afiqah Sarip, 16, yang menaiki motosikal bersama adiknya, Hasyimah, 15, dari arah lampu isyarat Bukit Rambai menghala Ayer Salak maut ketika dalam perjalanan ke warung milik keluarga mangsadi kawasan berhampiran pada 8.50 malam.

"Mangsa dilanggar lari sebuah kereta yang datang dari arah sama sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah lagi kereta," katanya sambil menambah Nur Afiqah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala adik mangsa cedera ringan. BERNAMA

Polis Masih Buru Wanita Kes Dadah

Posted:

KUANTAN: Polis hari ini meminta seorang wanita supaya hadir sebagai saksi pada perbicaraan kes seorang lelaki didakwa mengedar dadah di Mahkamah Tinggi Kuantan di sini pada 27 Nov ini.

Wanita berkenaan, Safiah Muhammad, 38, beralamat terakhir di 439, FeldaBukit Kuantan, dinamakan sebagai saksi pendakwaan dalam kes itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff, berkata wanita berkenaan turut ditahan bersama lelaki terbabit, 40, pada 29 Julai lepas, jam 6 petang dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 23 Jalan Jerangau-Jabor.

"Wanita berkenaan telah dibebaskan sebelum ini dan pihak pendakwa raya menamakan wanita itu sebagai saksi dalam kes berkenaan," katanya kepada Bernamadi sini.

Bagaimanapun, wanita itu kini tidak dapat dikesan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya supaya menghubungi balai polis berdekatan, katanya.

Lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Badah Berbahaya 1952 yangmemperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan selepas polis menemui 453 gram dadah jenis heroin dalam keretanya pada hari kejadian. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads