ads

Ahad, 7 Oktober 2012

13 di bukit besi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Ribut Rosakkan Kedai Di R & R <b>Bukit Besi</b> | MyNewsHub

Posted: 28 Aug 2012 11:13 PM PDT

DUNGUN – Fenomena pusaran angin kencang selama lima minit menyebabkan lima kedai di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Besi di sini, rosak teruk dalam satu kejadian petang Selasa.

Pusaran angin yang berlaku pada pukul 4.30 petang itu turut menyebabkan beberapa batang pokok besar yang menjadi tempat kegemaran pengguna jalan raya berteduh, tumbang.

Menurut seorang peniaga kedai runcit, Zainun Awang, 50, angin kencang itu menerbangkan khemah serta kerusi dan meja milik beberapa peniaga makanan di R&R berkenaan.

"Kejadian itu amat pantas disusuli hujan lebat dan mak cik ketika itu sempat melaungkan azan selepas takut menghubungi suami di rumah kerana bimbang menggunakan telefon bimbit akan disambar petir," katanya ketika ditemui Bernama, di sini Rabu.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana ketika kejadian tidak ramai pengunjung ada di R&R terbabit.

"Ini kejadian ribut kuat pertama yang pernah saya saksikan, malah ribut kuat yang berlaku pada 1995 pun tidak sekuat ini," katanya yang tinggal di Kampung Bukit Besi sejak kecil.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati kesan ribut itu telah dibersihkan dan peniaga berniaga seperti biasa. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

10 Rumah Di Alor Setar Rosak Dilanda Ribut

27 Rumah Di Yan Rosak Akibat Ribut

Amaran Ribut - Lokasi Konsert Search Ditukar

Bumbung Pangsapuri Diterbangkan Dalam Ribut

Lebih 30 Rumah Rosak Akibat Ribut Di Baling

Ribut Pasir Landa Negara Teluk

40 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut

Bumbung 30 Rumah Rosak Dipukul Ribut

Ribut Ernesto Ragut 5 Nyawa Di Mexico

22 Rumah Rosak Dipukul Hujan Ribut

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved