Jumaat, 18 Mei 2012

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Apo2 Yolah: Tempat-tempat menarik <b>di Kuala Terengganu</b> Part 1

Posted: 08 Apr 2012 04:50 PM PDT

Assalammualaikum dan peace yo!

Tu dia. Segmen melencong telah kembali. Sila muntah hijo. Kali ni atok joint trip opis sempena boss atok bakal bersara tak lamo laie. Nak amik feel kenangan terindah bersama staf katanya. To our beloved boss, Mr Azman Bin Aiyub, moga kehidupan akan bermakna bersama keluarga tercinta lopeh ni. Beliau seorang yang hebat dan sporting  =)
Okeh bebeh, kito teruskan perlencongan di Kuala Terengganu pado 30hb 3 2012 - 1hb 4 2012 tempoh hari.

Tempat pertama yang kami poie ialah masjid terapung Kuala Terengganu.  Masji ini dikenali jugak sebagai Masjid Tengku Zaharah sempena nama ibunda Al Marhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Masjid ni jelas keunikannyo maso suasana air pasang di mana ianya kelihatan terapung-apung dengan dikelilingi oleh sebuah tasik yang mana airnya terus mengalir ke laut berhampiran. Jadi fenomena pasang surut air laut akan mempengaruhi persekitaran mesjid ni amnya.
Terdapat kemudahan gerai jualan dan makanan berhampiran masjid bagi kemudahan para pelawat. Mesjid ni jugak selalu menjadi tumpuan bagi upacara perkahwinan dan sesi fotografi. Paling santek masa matahari nak terbenam dari arah belakang mesjid. Nak nak ado refleksi air. Ngamsoi bak kato orang.
Menariknya kat dopan mesjid tu ado macam taman. Taman tu santek sangat. Kalau Ecah nak tipo uwan kat kampung yang Ecah bercuti di Korea, nescahaya uwan Ecah musti percayo. Tak cayo? moh skodeng....Sedikit info pasal masjid ni. Masjid ni dibino pada September 1991 dan telah siap dibino pada Januari 1994 bernilai RM6.997 juta dan direkabentuk oleh Dato'Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun islam dan gabungan senibina tempatan. Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta dikelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah dan manakala wanita di bahagian atas.

Macam mano nak ke sini? perjalanan ke sini mengambil maso 10 minit dari Bandaraya Kuala Terengganu, lobih kurang 5km jaraknya. Kedudukan masjid ni terlotak di pinggir di Kuala Terengganu iaitu Teluk Ibai. Okey, kalau nak singgah memang berbaloi. Selamat datang ke Ganu! =)

p/s : Sambung lagi part 2 esok. Timo kasih pada Zazaw kerana bagi alamat kat atok untuk poskan poskad yang dimenangi tempohari. Yang lagi 3 orang pemenang tu atok masih x terima alamat lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads