Jumaat, 18 Mei 2012

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


(LPT) Fasa 2 dari Kuala Terengganu - Ajil - <b>Bukit Besi</b> dibuka

Posted: 17 May 2012 12:37 PM PDT


Sebahagian Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) dari persimpangan bertingkat Ajil ke persimpangan bertingkat Telemung di Terengganu dibuka kepada semua lalu lintas mulai pukul 10 pagi, 18 Mei 2012 (Jumaat).

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ismail Md Salleh berkata pembukaan jajaran sepanjang 21 kilometer itu membolehkan pengguna menikmati perjalanan terus ke Kuala Terengganu dengan had laju 110 kilometer sejam, tanpa henti ke Persimpangan Bukit Besi di Dungun.

"Ini secara tidak langsung memendekkan tempoh perjalanan dari 1 jam 30 minit kepada 40 minit," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pembukaan sebahagian lebuhraya LPT 2 itu juga dapat mengurangkan kadar kesesakan di Jalan Persekutuan 14 pada waktu puncak dan musim perayaan serta cuti persekolahan.

Ismail berkata ia juga memberi alternatif kepada pengguna untuk perjalanan lebih cepat dan selesa selain menjana ekonomi di Pantai Timur.

- BERNAMA

Mengantuk petanda ajal ~ Kemalangan Jalan Raya

Posted: 29 Apr 2012 01:19 PM PDT

Inalillahi wainailaihi rojiun 

BUKIT LAT - "Petang itu, makcik rasa tak sedap hati, jantung berdebar-debar, mata pula asyik mengantuk, tak sangka ia petanda anak mak cik terbabit dalam kemalangan sehingga menemui ajal."

Demikian kata Ramlah Hamzah, 60, ibu kepada Halimaton Saa'diah Mohamad@Ariffin, 29, kerani syarikat swasta yang menemui ajal selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya, dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 5.40 petang di Kilometer 8 Jalan Dungun-Bukit Besi dekat Bukit Lat itu dipercayai berlaku ketika Halimaton Saa'diah yang bekerja di sebuah syarikat di Dungun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Besi.

Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala selepas motosikal yang dinaikinya dipercayai merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dikatakan berhenti di bahu jalan.

Menurut Ramlah, sebelum kejadian, anak gadisnya yang masih bujang itu keluar dari rumahnya di Bukit Besi kira-kira jam 8 pagi lalu menuju ke tempat kerjanya di bandar Dungun.

Ramlah berkata, sebelum pergi kerja, anak ketujuh daripada lapan beradik itu keliha-tan gembira kerana dapat memakai baju kurung baru yang siap ditempah sebelumnya.

"Ketika hendak keluar rumah, dia sempat beritahu makcik, sebaik pulang dari kerja, dia akan ambil dua pasang lagi baju kurung yang sudah siap ditempah di kedai jahit, manakala sepasang sudah dipakainya.

"Tak sangka dia tidak sempat memakai dua lagi baju baru, rupanya dia lebih dahulu menemui ajal," kata Ramlah yang masih hiba dengan pemergian anak perempuannya itu.

Ramlah berkata, pemergian anaknya itu amat dirasainya kerana arwah sebelum ini banyak membantu meringankan beban hariannya.

Katanya, setiap kali mendapat gaji, arwah yang berulang-alik ke tempat kerja dengan motosikal sejauh lebih 60 kilometer setiap hari akan menghulurkannya wang untuk belanja harian selain turut membeli keperluan lain.

"Mak cik tak sangka dia pergi terlalu cepat. Kini, dia sudah tiada, makcik hilang tempat bergantung," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Jenazah mangsa kemudiannya dituntut ahli keluarga untuk dibawa pulang ke rumahnya di Bukit Besi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes berkenaan masih dalam siasatan.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/mengantuk-petanda-ajal-anak-1.43982

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads