ads

Isnin, 20 Februari 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


Hari bersama keluarga <b>di Seberang Takir</b> meriah | Darul Iman

Posted: 20 Feb 2012 03:55 PM PST

PARA peserta sibuk menyiapkan masakan sewaktu pertandingan itu anjuran Penyelaras Pergerakan Wanita UMNO DUN Seberang Takir, Kuala Terengganu, semalam. – Utusan/AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU 20 Feb. (Utusan) – Kesibukan kerja sebagai pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tidak menghalang Fatimah Hashim, 35, memenuhi minatnya dalam ukiran buah-buahan.

Biarpun tidak mempunyai asas dalam seni kulinari itu, Fatimah berusaha mengasah bakat dengan mengutip kemahiran daripada kakaknya.

Buat pertama kali, dia begitu teruja apabila menyertai pertandingan mengukir buah anjuran Penyelaras Pergerakan Wanita UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir dekat sini semalam.

Fatimah merupakan antara 20 peserta yang menyertai acara mengukir buah, salah satu acara yang mengumpulkan penduduk sekitar kawasan itu untuk bersama dalam pelbagai kegiatan sepanjang sehari itu.

"Hari ini, saya cuba menyertai pertandingan ini dan dapat bersama-sama penduduk setempat yang berkongsi minat yang sama," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada program itu.

Program sehari di Dataran Permata Kampung Baru yang dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang itu turut dimeriahkan dengan acara senamrobik dan pertandingan memasak hidangan tengah hari.

Dengan kerjasama Kolej Inforana dan syarikat Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi), turut diadakan demonstrasi masakan daripada chef jemputan serta pertandingan membuat kek cawan oleh kanak-kanak.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman yang merasmikan program itu menyifatkan aktiviti tersebut sebagai 'hari untuk wanita bersama keluarga'.

Katanya, program seumpama itu dapat mengeratkan silaturahim di antara kaum wanita dari 20 kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Takir.

"Kita memang tidak sangka sambutan amat memberangsangkan dan di harap ia memberi ruang menggembirakan bagi wanita yang sentiasa sibuk menguruskan keluarga," ujarnya.

Advertisement

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved