Isnin, 10 Oktober 2011

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Selamat Hari Lahir yang ke 2 Muhammad Fahim anak daddy

Posted: 10 Oct 2011 08:45 AM PDT

selamat hari lahir muhammad fahim

Hari ni kalau ikut kalendar masihi genap 2 tahun Muhammad Fahim dilahirkan, selamat hari lahir Muhammad Fahim anak daddy yang teramat daddy sayangi. Fahim dilahirkan melalui pembedahan pada jam 01.00 pagi di hospital segamat pada 10 Oktober 2009 (10.10.2009) dan muhammad fahim berkongsi tarikh lahir dengan mak sedara dia Cik Yuyu.

Nak cerita pengalaman rasanya terlalu panjang dan kalau nak diringkaskan fahim dijangkakan lahir pada 02 oktober 2009 tetapi dah overdue selama seminggu jadi selepas seminggu mama fahim belum ada tanda-tanda nak bersalin dan ketika itu tekanan darah mama naik mendadak jadi mama kena tahan wad pada 08 Oktober 2011.

Masa tu daddy tengah berkursus di Wakaf Tapai Terengganu dan bila dah tahu mama kena tahan wad, daddy bergegas balik dan jangkaan daddy mama dah sampai masa nak bersalin. Bila dah sampai doktor cakap belum ada tanda-tanda untuk bersalin lagi jadi daddy pun berkampung di hospital segamat 3 hari 2 malam menunggu mama di wad.

Jadi pada hari kedua malam doktor telah bagi ubat untuk paksa bersalin, sedih bila daddy tengok mama kesakitan sebab 3 kali doktor bagi ubat supaya mama dapat melahirkan fahim. Kali yang ketiga tu mama kena inject dan masa tu daddy pun dah tak sanggup tengok kesakitan mama dan daddy pergi jumpa doktor dan minta doktor buat pembedahan untuk melahirkan fahim.

Malangnya bila daddy berjumpa doktor daddy kena marah sebab doktor cakap kalau jadi apa-apa kat mama dan anak dalam kandungan siapa nak tanggungjawab? Doktor tanya daddy nak tanggungjawab ke? Dalam hati daddy masa tu hanya pasrah dan tak sanggup lihat kesakitan mama, tapi daddy bukan doktor jadi daddy hanya ikut sahaja apa yang doktor cakap masa tu.

Selepas bukaan 5 cm mama dah lemah dan tak mampu lagi menahan kesakitan, masa tu nak je daddy jumpa doktor dan bagitau suruh operate tapi daddy tahu jawapan yang sama akan diberikan dan daddy mesti kena marah lagi sebab mengarah doktor.

Masa tu kalau fahim nak tahu daddy dah tak tahu nak buat lagi, nasib baik atok dan nenek ada temankan daddy jadi mereka bawa daddy keluar pergi minum sekejap malam yang ketiga tu supaya daddy dapat tenang. Bila balik sahaja minum dalam pukul 11 malam daddy masuk jumpa mama dekat wad bersalin dan masa tu daddy dah hampir nak menangis bila tengok mama.

Tak berapa lama selepas itu doktor panggil daddy dan dia dah prepare semua dokumen serta bagitahu daddy yang fahim dah berak dalam rahim mama. Masa tu daddy dah tak tahu nak cakap apa lagi dan bila doktor serahkan dokumen untuk daddy tandatangan supaya mereka dapat membuat pembedahan yang segera terhadap mama malam tu juga.

Bila daddy baca dokumen tu daddy terasa marah sangat-sangat sebab situasinya sama, bila tiba masa nak bedah dalam dokumen tu pun ada nyatakan daddy memberikan kebenaran untuk dibedah dan sebarang risiko ditanggung oleh kami. Masa tu rasa nak hempuk je doktor sebab petang tu daddy dah mintak suruh mama dibedah tapi dia marah daddy persoalkan siapa yang nak tanggungjawab.

Ini bila dah keadaan terpaksa baru nak segerakan pembedahan, persediaan untuk pembedahan hampir sejam dibuat dan pukul 12 malam mama masuk bilik pembedahan dan masa tu daddy tak boleh temankan mama dalam dewan bedah.

Masa tu hanya Tuhan sahaja tahu bagaimana perasaan daddy, penat setelah 3 hari berada di hospital, makan minum semua di hospital dan gementar takut semua ada.

Lebih kurang jam 1 pagi akhirnya daddy dapat melihat fahim dalam bakul dalam tray tapi daddy tak tahu lagi keadaan mama masa tu dan selepas setengah jam fahim dibawa keluar berseorangan dan masa tu kali pertama air mata daddy tumpah bila dapat menatap wajah anak daddy iaitu zuriat daddy bersama mama. Masa tu daddy mengalir air mata sambil ditenangkan oleh nenek.

Pertama kali dalam hidup daddy dapat menatap anak daddy sendiri dan apa yang buat daddy ingat sampai sekarang ialah fahim dah buka mata masa tu.

Selang setengah jam selepas tu barulah mama keluar dan masa tu daddy teramat gembira dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana melindungi kedua-dua orang yang daddy sayangi.

Kini pejam celik pejam celik hari ni muhammad fahim dah pun berumur 2 tahun, setiap detik dan saat terabadi indah dalam memori daddy. Walauapapun telatah dan perangai fahim, kasih sayang daddy pada fahim tidak pernah kurang walaupun sedikit.

Untuk anak daddy : SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 2 …I LOVE U SO MUCH

.

.

Nota : Doktor tu cakap patut fahim tak nak keluar secara normal sebab berat fahim masa dilahirkan ialah 4.1 kg

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

Artikel yang berkaitan

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads