Isnin, 10 Oktober 2011

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


SETIU HARI INI: SK <b>DI BATU RAKIT</b> TERIMA 444

Posted: 03 Oct 2011 06:01 AM PDT


Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 3 Oktober 2011 – Semua sekolah rendah kebangsaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit hari ini telah menerima bantuan e-Book sempena lawatan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said ke kawasan ini buat kali kedua sepanjang penggal beliau berjawatan selaku ketua negeri. Manakala program berasingan akan diadakan untuk pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang.

      Seramai 444 orang murid di tahun 4 telah naik ke atas pentas bersama keluarga menerima e-Book melalui penyampaian khas oleh Dato' Seri Menteri Besar di Dewan Serbaguna Kg Maras tengahari tadi. Mereka mewakili SK Pagar Besi 91, SK Bukit Chempaka 76, SK Padang Kemunting 63, SK Maras 62, SK Batu Rakit 61, SK Bukit Wan 49, SK Darat Batu Rakit 27 dan SK Pechah Rotan 15 orang..
      Turut hadir pada majlis hari ini selain ADUN Batu Rakit, Ustaz Haji Khazan Che Mat selaku tuan rumah, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman, Pengarah Pelajaran Negeri, Ghazali Daud, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Wan Nawawi Wan Ismail, pengetua-pengetua, guru besar-guru besar bersama warga pendidik, ibu bapa dan murid-murid sekolah.
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads