Sabtu, 1 Oktober 2011

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


Ribut Bagai Tsunami, Lebih 220 Rumah <b>Di</b> Felda <b>Kerteh</b> 5 Dan <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2011 05:25 PM PDT

No of View :540

PENDUDUK Felda Kerteh di Kemaman membersihkan serpihan bumbung yang rosak akibat ribut semalam.

 Lebih 220 buah rumah milik peneroka Felda Kerteh 5 dan Felda Kerteh 6 dekat sini rosak akibat dipukul ribut dan angin kencang kelmarin.

Kejadian pada pukul 4 petang itu berlaku hanya dalam tempoh lima minit.

Sekurang-kurangnya lebih sepuluh batang pokok turut tumbang di sepanjang jalan memasuki ke Felda itu.

Pokok-pokok itu turut merosakkan pelbagai harta benda termasuk beberapa buah kenderaan.

Seorang peneroka, Mekzah Daud, 46, berkata, kejadian itu merupakan yang pertama berlaku di Felda Kerteh sejak lebih 20 tahun dia tinggal di sini.

Katanya, hujan lebat yang turun disertai angin kencang mengingatkan dia kepada kejadian tsunami yang pernah ditonton melalui televisyen apabila rata-rata atap rumah di kampung berkenaan tercabut dan rosak teruk.

"Keadaan ketika itu menakutkan ekoran bunyi bising apabila atap rumah tiba-tiba pecah ditiup angin sehingga menyebabkan air memasuki rumah.

"Ketika itu, saya dan enam orang anak saya terus memasuki sebuah bilik sambil berpelukan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ibu tunggal, Zawiyah Mohd., 47, pula berkata, kejadian angin kencang itu berlaku dalam tempoh singkat namun kesannya amat menakutkan.

"Rumah di kampung ini terletak berdekatan antara satu sama lain dan saya dapat lihat atap rumah jiran diterbangkan angin," cerita wanita itu.

Incoming search terms:

from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads