ads

Rabu, 21 September 2011

di negeri terengganu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


MEDIA SUKAN » <b>Terengganu</b>, <b>Negeri</b> Sembilan kutip 3 mata penuh

Posted: 06 Sep 2011 07:22 PM PDT

Kuala Lumpur – Barisan pemain Irfan Bakti malam tadi memulakan kempen Piala Malaysia dengan baik malam tadi apabila mudah menewaskan Sime Darby 3-0 pada aksi kumpulan B.

Juara Piala Malaysia yang juga naib juara Liga super itu menampilkan aksi meyakinkan apabila berjaya memperolehi gol seawal minit ke-5.

Bermain di gelanggang lawan di Stadium majlis Perbandaran Selayang gol pertama dihasilkan menerusi tandukan Joseph Kalang selepas menyambut umpanan Reeshafiq Alwi hasil sepakan sudut Ashari Samsudin.

Pada minit ke-32, Terengganu menambah gol kedua selepas rembatan kencang kaki kanan Reeshafiq dari luar kotak penalti berjaya melepasi jangkauan penjaga gol Sime Darby, Soffuan Tawil.

Terengganu terus menampilkan penguasaan penuh separuh masa kedua dan hasilnya Abdul Manaf Mamat berjaya meledak gol ketiga Terengganu selepas menyudahkan lorongan cantik pemain gantian, Ailim Fahmi Kamaruddin pada minit ke-84.

Sementara itu, pada satu lagi aksi Kumpulan B malam tadi, naib juara musim lalu, Negeri Sembilan berjaya menewaskan juara Liga Perdana, PKNS 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.

PKNS membuka jaringan menerusi pemain tengah Mohd Norhafizzuan Jailani pada minit ke-8 sebelum Hairuddin Omar menyamakan kedudukan pada minit ke-14. Shahurain Abu Samah pula menjaringkan gol kemenangan Negeri Sembilan untuk memuktamadkan keputusan dengan 2-1.

Dalam saingan kumpulan A Sabah gagal memanfaatkan peluang ditempat sendiri apabila sekadar seri bertemu Perak manakala Johor turut gagal mencatat kemenangan di Larkin apabila ditewaskan oleh Kedah dengan 2-0.

Gol Kedah dijaringkan oleh Khyril Muhymeen pada minit ke-6 dan 80.

Dalam saingan kumpulan C satu lagi wakil johor iaitu Johor FC turut gagal mencari mata awal apabila tewas kepada Felda United di Pasir Gudang.

Gol-gol Felda United dijaringkan oleh Farderin Kader pada minit ke-44 dan 67.

satu lagi saingan kumpulan C, Kelantan seperti dijangka memperolehi 3 mata penuh setelah berjaya menewaskan Sarawak 2-0 di Stadium Negeri Kuching.

Aksi separuh masa pertama berkesudahan tanpa jaringan namun Kelantan berjaya memperolehi gol pertama pada minit ke-69 menerusi Norshahrul Idlan Talaha sebelum S.Chanturu menutup saingan dengan gol kedua pada minit ke-85.

Pada aksi kumpulan D pula Selangor masih lagi gagal mencari rentak terbaik apabila kalah tipis 1-0 kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Gol T-Team dijaringkan oleh Norfazly Alias pada minit-73.

Pertemuan PDRM dan Kuala Lumpur di Paroi pula menyaksikan wakil ibu kota itu berjaya membenam PDRM 3-0 hasil jaringan sendiri Azrul Azam pada minit ke-44 sementara Badrul Hisyam Azmi dan Yong Kuong Yong masing-masing menyumbat gol pada minit ke-64 dan 76.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved