Rabu, 21 September 2011

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Kementerian Sains <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2011 06:17 AM PDT

GONG KEDAK, TERENGGANU (20 Sept. 2011) :  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili hari ini merasmikan bangunan Pejabat Meteorologi Gong Kedak milik Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang baru di Jalan Kuala Besut.

Sebelum ini Pejabat Meteorologi Gong Kedak telah menumpang di bangunan pentadbiran TUDM semenjak ia mula beroperasi pada bulan November 2004 untuk memberikan perkhidmatan meteorologi kepada TUDM Gong Kedak sempena penempatan Skuadron 11 untuk Pesawat Pejuang Sukhoi 30MKM.

 

Pejabat ini telah beroperasi sepenuhnya pada bulan Februari 2007 dan selaras dengan pertambahan fungsi, pejabat ini seterusnya berpindah ke bangunan baru pada 11 Januari 2011 bersebelahan TUDM Gong Kedak.

 

Pejabat ini bertanggungjawab membekalkan khidmat cuaca penerbangan untuk operasi penerbangan tentera udara di Kelantan dan Terengganu.

 

Di samping itu ia juga turut memberi khidmat nasihat ramalan cuaca kepada Bilik Gerakan Operasi Negeri Kelantan dan Terengganu terutama semasa musim monsun timur-laut  dan menyalurkan amaran atau maklumat berkenaan aktiviti seismik kepada Majlis Keselamatan Negeri Terengganu serta ibu pejabat Tenaga Nasional Berhad negeri untuk  memantau keselamatan Stesen Janakuasa Kenyir, Terengganu.

 

Bangunan baru ini dibina dengan kos RM4.7 juta di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-9.

 

Pada masa yang sama, Menteri juga merasmikan tiga stesen meteorologi yang masing-masing terletak di Kota Bharu, Kuala Krai dan Kuala Terengganu.

 

Bersempena dengan majlis perasmian ini, beberapa aktiviti sampingan turut diadakan untuk pelajar-pelajar sekolah iaitu ceramah interaktif dan pameran yang dianjurkan oleh agensi-agensi MOSTI.

 

Dua ceramah interaktif mengenai keselamatan siber dikendalikan oleh CyberSecurity,  yang bertajuk "I Know What You Did Last Raya" dan "What Happened in Phuket" bertujuan memberikan pendedahan secara langsung kepada para pelajar agar lebih bertanggungjawab dan berwaspada semasa melayari laman sesawang.  Sebagai tambahan, METMalaysia  mengadakan ceramah yang bertajuk "Inovasi dan Kreativiti".

 

Satu pameran juga turut diadakan yang disertai oleh Agensi Angkasawan Negara, Pusat Sains Negara dang Universiti Malaysia Terengganu.  METMalaysia turut memberi peluang lawatan tapak kepada masyarakat untuk melihat sendiri kemudahan yang ada di Pejabat Meteorologi Gong Kedak.


Turut hadir di majlis pelancaran tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI Prof Datin Paduka Dr Khatijah Yusoff, ADUN Kota Putra Tuan Haji Muhammad Pehimi Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Yap Kok Seng dan Komander Pangkalan Udara Gong Kedak Brigadier-Jeneral Mohd Fauzi Ahmad.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads