Sabtu, 10 September 2011

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » YPU cuba selamatkan T-Shoppe

Posted: 09 Sep 2011 04:01 PM PDT

KUALA TERENGGANU 9 Sept. – Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu akan cuba sedaya upaya 'menyelamatkan' rangkaian kedai serbaneka, T-Shoppe sedia ada daripada berdepan kemungkinan 'gulung tikar' akibat kerugian.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azmi Razik berkata, walaupun dua buah T-Shoppe iaitu di Gong Kapas dan Marang telah ditutup, ia tidak memberi kesan kepada premis lain jenis itu yang terus menampakkan daya maju dan merangsang lagi usaha meningkatkan jumlahnya.

Beliau menekan aspek lokasi yang sesuai dan strategik di samping kos sewaan yang tidak membebankan perlu menjadi pertimbangan usahawan.

Menurutnya, beberapa buah lagi kedai serbaneka itu akan dibuka di negeri ini termasuk di Wakaf Tapai, Marang selain di Pengadang Baru dan di Kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dekat sini.

"Dengan beroperasinya tiga T-Shoppe ini akan melengkapkan kesemua 18 buah kedai seumpama itu di negeri ini selain tiga buah yang sedang beroperasi di Kedah dan sebuah lagi di Melaka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azmi berkata, YPU sedang melakukan proses pemantapan serta pengukuhan kualiti T-Shoppe termasuk perancangan membuka sebuah premis seumpama itu di setiap negeri pada masa akan datang.

Mengenai penutupan dua premis T-Shoppe iaitu di Gong Kapas dan Marang, beliau menjelaskan, masalah itu berlaku di sebabkan kekangan kadar sewa terlampau tinggi yang dikenakan pemilik premis tersebut khususnya di Gong Kapas.

"Umpamanya di Gong Kapas, kita terpaksa tutup (T-Shoppe) kerana pemilik premis naikkan sewa sehingga RM8,300 sebulan.

"Biarpun terpaksa ditutup, kita akan tempatkan barangan, kelengkapan serta operatornya ke T-Shoppe lain iaitu di Pengadang Baru, Wakaf Tapai dan juga Paka, Dungun," ujarnya.

Penutupan dua rangkaian premis T-Shope dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera dalam sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Menurutnya, setiap kedai T-Shoppe perlu memperoleh keuntungan sekurang-kurangnya RM1,500 untuk bulan pertama dan jumlah itu meningkat kepada RM2,000 pada bulan kedua selepas beroperasi.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads