Sabtu, 10 September 2011

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Jalan-Jalan Cari Kerja <b>di Pulau Perhentian</b> - Hazwan Hakim

Posted: 23 Jun 2011 01:04 AM PDT

June 23rd, 2011

Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan, sempenan dengan cuti
panjang semester selama 4 bulan ini, aku dan kawan aku, Pokjat bercadang
hendak mencari kerja sementara, dapatlah kumpul duit bila masuk semester
nanti. Antara perancangan aku ialah pergi cari kerja dekat Pulau Perhentian.

NF

Pulau Perhentian merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia yang
terletak berdekatan dengan Kuala Besut. Kerja yang ingin aku cari disini
hanyalah sebagai housekeeping sahaja, gaji pun tidak la sebesar mana.
Perjalan pergi ke Pulau Perhentian bermula di jeti Kuala Besut di mana kita
perlulah menaiki bot laju terlebih dahulu. Harga pergi-balik bot laju ini bernilai
RM70, tapi aku dan kawanku dapat harga staf RM40 dari Resort Pulau
Perhentian. Perjalanan menaiki bot memakan masa sekitar 15-30 minit bergantung
kepada keadaan ombak.

Sampai sahaja aku di jeti Pulau Perhentian Resort ni, terus aku usaha2 tempat-tempat
sekitar. Pemandangan disini memang terbaik. Air laut sedalam pokok kelapa pun kita
dapat tengok lagi!. Jauh berbeza dengan pantai-pantai lain. Sampai di kaunter resort
jam 12tengahari, keadaan resort sedikit suram dan aku mula di temuduga pada pkul 12.30.
Temuduga aku berjalan lancar, soalan yang ditanya pun tidak banyak, maklumla mohon
kerja-kerja biasa sahaja. Selesai temuduga, jam 1.30petang, bot ada pukul 4petang untuk pulang
ke jeti. Tiba-tiba aku terfikir, kat resort maha-mahal ini aku mahu makan dekat mana? Pergi
tengok dekat kaunter, 1 buffet paling murah RM46! Aku dan kawanku terpaksa mengikat perut
sementara menunggu sampai pukul 4. Plan yang dirancang? pergi jalan-jalan disekitar pulau sambil
mengambil gambar.

Sedang aku jalan-jalan tepi pantai sambil tengok pemandangan yang begitu cantik, hati aq terdetik
mahu mandi! Tersangatlah rugi kerana aku tidak membawa pakaian tambahan, terasa ingin sahaja mandi
cara mat saleh tapi tidak boleh! haha. Tepat jam 3 petang, pergi solat Zohor di surau resort, agak
usang sedikit resortnya tapi selesa untuk solat. Selesai solat terasa dahaga pula, kawan aku kata air
tin paling murah kat resort ini RM6! Aku bersabar lagi, tahan semua nafsu ini sehingga sampai ke jeti
Kuala Besut. Tepat jam 4petang, bot laju bertolak dari jeti resort. Sampai sahaja di jeti Kuala Besut
terus aku dan kawanku terkam air jambu!

Gambar-gambar di Pulau Perhentian Resort

Pualau Perhentian

Pualau Perhentian

pulau

Sekitar resort

sekitar pantai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads