Sabtu, 10 September 2011

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


15000 Sertai Program Semarak Merdeka Peringkat Daerah <b>Besut</b> <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2011 09:30 AM PDT

BESUT, 6 Sept (Bernama) – Seramai 15,000 peserta yang mewakili jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penduduk kampung, pelajar sekolah serta empat ekor gajah akan menyertai perarakan Program Semarak Merdeka peringkat daerah Besut pada 24 September.

Pengerusi program, Dr A Rahman Mokhtar berkata penyertaan perarakan itu akan disertai pelbagai bangsa dan peringkat umur dari lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Besut termasuk Jabi bermula 7.30 pagi.

Katanya 100 pemilik kereta sewa, 100 penunggang motosikal berkuasa tinggi, 100 kereta pacuan empat roda, 100 kereta berhias dan 100 pasukan akan berarak dari destinasi berbeza ke tempat perhimpunan di Dataran Jerteh Souq dengan didahului empat ekor gajah pada hari berkenaan.

"Kami akan memastikan program sambutan kemerdekaan kali ini penuh bererti dengan penyertaan pelbagai pihak yang terdiri daripada penduduk berumur tujuh tahun hinggalah 70 tahun," katanya kepada media di sini hari ini.

Dr A Rahman berkata kesemua perarakan akan menuju ke Dataran Jerteh Souq di pusat bandar sebelum majlis perasmian dan penyampaian anugerah diadakan.

Semua tokoh dari Besut yang telah berjasa pada negeri dan negara akan dijemput menyertainya antaranya bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jen Tan Sri Rodzali Daud, Ketua Pengarah Rela Datuk Mustafa Ibrahim.

– BERNAMA

Advertisement

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads