ads

Selasa, 13 September 2011

13 di paka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


Sistem Perparitan Tidak Memuaskan <b>di</b> Jalan Besar <b>Paka</b>-Dungun <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2011 05:34 AM PDT

Sebagai penghuni baru yang tinggal berhampiran kawasan perindustrian tulang belakang negara, PETRONAS, saya berasa amat kesal dengan keadaan infrastruktur dan juga sistem perparitan khususnya di Jalan Besar Paka-Dungun yang sekian lama mengalami masalah air bertakung yang seringkali mendatangkan musibah kepada pengguna jalanraya.

Saya tidak faham kenapa dan mengapa perkara ini macam dipandang remeh oleh pihak sepatutnya. Mungkin tak lama lagi papan tanda "kawasan kemalangan maut" akan dinaikkan. Masakan tidak, bila hujan lebat air akan bertakung penuh di atas jalan raya. Untuk orang Paka memang dah faham sangat, tapi bagaimana jika orang luar yang berhijrah ke Paka? Yang tak tahu keadaan jalan yang penuh dengan air, sudah tentu boleh mengundang musibah.

Pagi ini saya terserempak dengan satu kemalangan disebabkan keadaan jalan yang dipenuhi air. Mana semua "orang kuat"? Takkan nak tunggu masa mengundi baru nak buat jalan, nak buat parit? Sampai bila masalah ini harus berlarutan dan berapa ramai lagi yang keretanya akan berpusing dan melanggar tiang?

Minta pihak berwajib ambil tindakan segera agar keselamatan rakyat didahulukan, bukan setakat pencapaian diutamakan.

Terima Kasih

By: ady

Aduan yang berkaitan:

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved