ads

Selasa, 13 September 2011

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Pelaburan Korea Selatan,Perancis <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2011 07:38 PM PDT


"Bagi pihak rakyat dan kerajaan negeri, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat dan Perdana Menteri khususnya kerana bersetuju melaksanakan projek kerjasama penting ini yang akan meningkatkan lagi pembangunan ekonomi Terengganu dan ECER secara keseluruhannya," – Menteri Besar

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, pelaburan terbaru itu sudah pasti membawa impak positif kepada perkembangan ekonomi hiliran di sekitar kawasan berhampiran seperti Kemaman dan Dungun.

"Bagi pihak rakyat dan kerajaan negeri, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat dan Perdana Menteri khususnya kerana bersetuju melaksanakan projek kerjasama penting ini yang akan meningkatkan lagi pembangunan ekonomi Terengganu dan ECER secara keseluruhannya," ujarnya.

Usahasama oleh kedua-dua syarikat itu melibatkan pelaburan RM2 bilion di Zon Ekonomi Khas (SEZ) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Taman Polimer Kertih di negeri itu.

Pembinaan loji bio-metionina pertama di dunia dan platformn tiokimia pertama di Asia bernilai RM400 juta itu apabila siap kelak, akan membuka lembaran baharu bagi negeri itu.

"Apabila beroperasi kelak, ia akan membuka 500 peluang pekerjaan di mana 60 peratus dijangka diisi oleh warga kerja yang terdiri daripada anak Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pembahagian wang zakat kepada 131 peneroka Ladang Ketengah Jaya di Kemaman.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Norliza Mahmud, Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Hamzah Ngah.

Dalam majlis itu, Seri Ahmad Said turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 430 peneroka dan pekerja Ladang Ketengah Jaya.

Ahmad berkata, pembinaan loji berkenaan akan bermula tahun hadapan di satu kawasan seluas kira-kira 20 hektar di Kertih.

Apabila beroperasi kelak, katanya ia dijangka menjana kira-kira RM20 bilion dari segi jualan terkumpul menjelang tahun 2020.

Selain pelaburan itu, katanya Terenggnau juga menerima pelaburan RM1.3 bilion dari Peranchis di dalam bidang perikanan kawasan Tasik Kenyir.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved