Ahad, 21 Ogos 2011

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Bomoh wanita merawat lelaki sampai mati <b>di Marang</b> - Scripters

Posted: 20 Aug 2011 12:07 PM PDT

Tidak pernah ku dengar orang melakukan rawatan untuk menghalau gangguan makhluk halus dalam tubuh dengan menyuruh pesakit minum air hingga berbalang-balang kemudian menyumbat mulutnya dengan getah paip / hos. Tetapi itulah yang dilaporkan oleh Bernama dan beberapa akhbar lagi.

Bomoh, 43, yang dikenali sebagai Kak Yah itu dikatakan seorang wanita yang berasal dari Thailand cuba berubat seorang lelaki, 26, yang mengalami sakit mental, kesan dari gangguan jin di kampung Pulau Rusa, Merchang, Marang.

Lelaki yang bernama Faizal Harun itu dihantar oleh ayahnya pada pukul 7:45 malam. Setelah menyuruh lelaki itu minum air banyak dari sebuah tong yang boleh mengisi 10 liter cecair, bomoh tersebut mengatakan bahawa dia telah berjaya mengeluarkan penyakit mangsa dan menyuruh ayahnya menghantar anaknya itu ke hospital.

Sebaik saja sampai ke Hospital Sultanah Nur Zahirah pukul 12:30 malam, lelaki itu disahkan meninggal dunia.

Ekoran laporan yang dibuat oleh bapa mangsa pada 2.15 pagi, polis menyerbu rumah bomoh itu tetapi dia bersama suaminya, yang berusia 33 tahun dan berasal dari Rantau Panjang, Kelantan, telah melarikan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata dalam serbuan itu polis merampas beberapa barang yang digunakan untuk merawat mangsa.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu supaya menghubungi mana-mana balai polis.

Kemungkinan rawatan itu menyebabkan kematian kerana sebenarnya lelaki itu sudah mati, dan masih hidup kerana ada makhluk yang menumpangnya. Itu tidak mustahil, kerana pernah berlaku begitu. Tapi yang menjadi persoalannya, kenapa bomoh itu melarikan diri terus? Itu menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

Diharap pihak polis dapat menyelesaikan kes itu sebaik mungkin. Dan semoga yang meninggal dunia aman dan tenteram di sana dan diampuni segala dosa, serta keluarganya yang masih hidup diharap dapat sabar dan tabah menerima ujian.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads