Ahad, 21 Ogos 2011

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Pelajar <b>Hulu Terengganu</b> ditawar mengaji <b>di</b> Universiti Oxford <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2011 05:08 PM PDT


Mohd Firdaus Samsudin, 23, dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu ditawarkan mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang Sains Biochemistry di Universiti Oxford. – Gambar oleh Zulkipli Putra.

Seorang pelajar yang berasal dari kawasan pedalaman mencipta sejarah apabila beliau ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka dunia, Universiti Oxford, akhir tahun ini.

Pelajar berkenaan, Mohd Firdaus Samsudin, 23, dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu itu baru saja menamatkan pengajian peringkat ijazah di bidang Bioteknologi di Imperial College, London.

Kini bekas murid Sekolah Kebangsaan Kampung Kemat itu ditawarkan pula mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang Sains Biochemistry di Universiti Oxford.

Beliau yang pernah dinobatkan sebagai antara pelajar terbaik lulusan Sijil pelajaran Malaysia 2005 peringkat kebangsaan, amat terharu apabila menerima tawaran melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan yang menjadi impian para pelajar dari seluruh dunia.

"Saya terima tawaran melanjutkan pelajaran di Universitu Oxford dan berazam untuk belajar dengan bersungguh-sungguh supaya mendapat kelulusan yang terbaik," katanya ketika ditemui Teganukita di rumahnya di Kampung Kemat, malam tadi.

Beliau yang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma) pada 2001 selepas mendapat 5 A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), kini sedang bercuti dan menunggu majlis konvokesyen di Imperial College, selepas Hari Raya Puasa nanti.

Mohd Firdaus yang mendapat tajaan Yayasan Terengganu (YT) untuk mengikuti pengajian peringkat A Level di Kolej Yayasan UEM, Selangor dan Imperial College, turut ditawar melanjutkan pelajaran di bidang bioteknologi di Imperial College, tetapi dia sudah tekad untuk belajar di Universiti Oxford.

"Saya mengambil keputusan ini kerana taraf Universiti Oxford jauh lebih tinggi dan bukannya mudah untuk diterima masuk ke sana. Lagi pun belajar di Universiti Oxford merupakan impian ramai pelajar kerana lulusan universiti ini menjadi kebanggaan seluruh dunia," ujar anak kedua daripada empat beradik itu.

Mohd Firdaus amat bangga menjadi anak jati Terengganu dan berharap pelbagai kejayaan yang ditempanya sepanjang menjadi pelajar di negeri ini, akan dicontohi generasi pelajar tempatan.

"Semasa di sekolah banyak kem kecemerlangan diadakan hasil bantuan dana yang disalurkan kerajaan negeri. Pelajar negeri ini amat bertuah kerana banyak program diadakan di sekolah bagi membantu kecemerlangan pelajar, hasil sumbangan kerajaan negeri," katanya.

Sementara itu, bapa Mohd Firadus, Encik Samsudin Mamat, 61, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri dan YT kerana banyak membantu anaknya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi hingga ke luar negara.

"Sewaktu masuk tingkatan satu, anak saya diberi bisiswa kecil dan setiap kali mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan bermula dari UPSR hingga A Level, pihak YT akan memberi wang hadiah galakan.

"Selepas itu, anak saya ditaja oleh YT untuk melanjutkan pelajaran peringkat A Level selama dua tahun dan masuk pula universiti di luar negara, semuanya diatur oleh YT," katanya.

Bekas pesara Felcra itu mengakui tanpa bantuan yang berterusan daripada kerajaan negeri dan YT, anaknya tidak mampu melanjutkan pelajaran di luar negara dan mendapat kejayaan tersebut.

Beliau berkata, hanya Allah s.w.t saja yang mampu membalas jasa pemimpin kerajaan negeri Terengganu yang sentiasa memikirkan kaedah bagi membantu kebajikan pelajar dan berusaha meningkatkan kecemerlangan bidang pendidikan di negeri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads