ads

Ahad, 17 Julai 2011

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


ujang kutik: semalam <b>di kuala terengganu</b>

Posted: 02 Jul 2011 01:44 PM PDT

"Semalam di Kuala Terengganu
hati ku tak jemu
pandangannya di tepi pantai
pandangan indah permai."

Ketika di Kuala Terengganu, di pertengahan bulan Jun 2011 yang lalu, seperti selalunya, saya teringat kepada sebahagian daripada bait-bait lagu 'Semalam Di Kuala Terengganu' yang pernah dipopularkan oleh penyanyi Wan Salman Ahmad suatu ketika dahulu.

Lagu tersebut mengimbau semula kepada kenangan dan pemahaman saya di zaman anak-anak mengenai Kuala Terengganu; sebuah bandar yang dikelilingi oleh perkampungan nelayan, orang lelaki memakai 'semutar' dan berkain batik, rumah nelayan yang berseni di tepi pantai, sampan, pohon nyiur yang melambai, pantai yang cantik dan gadisnya yang cantik dan menawan.

Ketika itu saya masih belum lagi tahu nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu atau keropok lekor losong kerana saya tidak pernah melihat atau merasa makanan tradisional orang Negeri Terangganu yang enak tersebut.

Persekitaran ruang lingkup kehidupan saya di sebuah perkampungan pedalaman di Negeri Sembilan membataskan pengetahuan saya mengenai bandar yang menjadi Ibu Negeri Terengganu tersebut.

Seingat saya, pertama kali saya sampai ke bandar ini ialah pada tahun 1979. Selepas itu acap kali juga saya sampai ke sini. Kebanyakkannya ialah di atas urusan rasmi pekerjaan.

Bezanya, pada kedatangan kali ini saya lebih tertarik kepada dua perkara yang berkait dengan bandar ini. Namun, salah satu di antara perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baru, cuma tidak diberi perhatian sahaja semasa kedatangan yang lalu.

Saya baru menyedari bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan perkuburan yang luas di bandar ini. Kawasan pertama terletak di sekitar bulatan replika batu bersurat menghala ke Hotel Primula. Kawasan kedua terletak di sebelah kiri jalan menghala ke pusat bandar dan berhadapan dengan pejabat-pejabat kerajaan. Dan, kawasan perkuburan ketiga ialah di sebelah kiri jalan besar menghala ke Kota Bharu, Kelantan, berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Negeri Terengganu.

Saya tidak pasti samada kawasan-kawasan tanah perkuburan tersebut masih digunakan atau pun sebaliknya.

Orang Terengganu tidak akan menyenanginya dan sememangnya tidak sesuai diutarakan, jika saya menyebut bahawa Bandar Kuala Terengganu ialah 'Bandar Beberapa Pusara'.

Kawasan tanah perkuburan yang luas di dalam bandar ini menunjukkan bahawa orang Melayu telah lama mendiami dan bertapak di sini.

Bahkan, hingga ke hari ini masih kelihatan rumah orang-orang Melayu yang kebanyakkannya di dalam keadaan usang dan merimaskan di tengah-tengah Bandar Kuala Terengganu. Ada bidalan yang disampaikan oleh sahabat saya orang Kelantan,berbunyi, "Kalau hendak mencari rumah besar di Kelantan, kalau hendak mencari rumah buruk di Terengganu." Saya memohon maaf kepada orang Terengganu jika bidalan yang tidak diketahui punca kesahihannya tersebut menyinggung perasaan anda.

Senario inilah sebenarnya yang mungkin menjadi dilema kepada kerajaan negeri ini – membangun dan menghadapi risiko kehilangan satu lagi warisan bangsa atau membiarkan keadaan 'statuo quo', tidak kemana-mana.

Akhirnya, kerajaan negeri ini telah memilih - 'membangunkan' perkampungan orang Melayu di Kampung Ladang Primula dan kawasan sekitarnya.

Kesannya ialah, perkampungan orang Melayu di Kampung Ladang Primula dan sekitarnya telah tiada lagi! Telah lupus.

Untuk berlaku adil kepada pihak yang terlibat dan dengan kekuatan sumber royalti, saya percaya mereka telah membuat perancangan yang teliti agar projek yang akan dijalankan kelak memberi manfaat kepada penduduk kampung yang terlibat dan juga bangsa Melayu keseluruhannya.

Hendaknya kita janganlah terlalu skeptikal, mereka juga orang Melayu seperti kita. Semuga perkara 'harapkan pagar, pagar makan padi' tidak berlaku.

Walaupun di atas nama pembangunan atau lain-lain istilah, Orang Melayu tidak rela satu lagi kawasan milik mereka dengan mudahnya diserahkan kepada orang lain.

Andainya, kali ini kita 'terkena' lagi, ada satu lagi 'kawasan perkuburan' yang lebih luas di tengah-tengah Bandar Kuala Terengganu. 'Kubur' tersebut akan mengebumikan harapan orang Melayu. Kita berdoa, perkara tersebut tidak terjadi.

ujang kutik
ampang, selangor
03 Julai 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved