ads

Ahad, 17 Julai 2011

13 di kijal - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


Unit Promosi Kesihatan Kemaman: Karnival Kesihatan Mukim <b>Kijal</b>

Posted: 13 Jul 2011 04:34 PM PDT



KARNIVAL KESIHATAN BERSAMA MASYARAKAT PERINGKAT MUKIM KIJAL.

Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kijal Pemangkin Kerjasama Meningkat Tahap Kesihatan Penduduk.

Kijal - Karnival Kesihatan bersama Masyarakat yang julung-julung kali diadakan di Kijal telah mendapat sambutan lebih daripada 500 penduduk Kijal. Program yang telah dianjurkan oleh Penel Penasihat Kijal telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 6 Julai dan berakhir 9 Julai telah dirasmikan oleh Dr. Iza Noor Ruaida bt. Deraman, Pegawai Perubatan dan Kesihatan Klinik Kesihatan Kijal mewakili Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman.

Dr. Iza dalam ucapannya telah melahirkan perasaan amat gembira diatas kerjasama dari ahli-ahli panel penasihat klinik, agensi-agensi kerajaan dan penaja dalam mempastikan kejayaan program ini. Beliau amat bersyukur walaupun banyak halangan telah ditempuhi namum akhirnya program ini telah mencapai objektifnya. Beliau berkata tujuan utama karnival ini adalah bagi mempromosi program-program kesihatan dan mendapat penglibatan yang aktif dari semua pihak terutama masyarakat Kijal dalam penjagaan kesihatan yang baik. Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh pihak kerajaan sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat.

Karnival ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh panel penasihat yang terdiri pemimpin-pemimpin masyarakat dan individu yang merupakan badan penasihat kepada Klinik Kesihatan kijal. Program ini juga sebagai satu sahutan kerajaan bagi mendekati dan memahami kehendak masyarakat dan seterusnya memberi perkhidmatan "turun padang" kepada penduduk.

Terdahulu dalam ucapan pengerusi panel penasihat, En. Mohd Yusof Muhamad telah menyeru kepada penduduk agar dapat menjaga kesihatan dan membuat pemeriksaan secara berkala di kemudahan kesihatan yang telah disediakan. Masalah penyakit akan timbul mengikut perubahan usia seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya. "Jika tiada kesedaran yang tinggi dalam penjagaan kesihatan dan amalan hidup yang sihat maka penyakit-penyakit ini akan mudah dihidapi oleh kita"

Pada Majlis ini beliau bersama pengerusi panel penasihat dan penghulu mukim Kijal telah menyempurna majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang hadiah yang dipertandingkan. Pelbagai aktiviti telah diadakkan seperti Forum Kesihatan, ceramah kesihatan, senamrobik, pameran kesihatan, persembahan kebudayaan, pertandingan rumah sihat, pertandingan mewarna, pertandingan memasak, pakaian beragam, sukaneka, bola jarring dan bola sepak. Selain itu masyarakat Kijal juga berpeluang menjalani pemeriksaan darah bagi pemeriksaan penyakit Filiriasis (untut) dan pameran mengenainya yang disediakan . Menurut Dr. Iza program pemberian ubat filiriasis telah dijalankan sejak bulan April yang lepas di Kawasan Kijal dan Ulu Chukai bagi membasmi penyakit ini. Beliau berharap penduduk di kawasan mukim ini dapat memberi kerjasama dalam program filiriasis terutama dalam pengambilan ubat dan pemeriksaan darah yang dijalankan disebelah malam di kawasan mukim ini.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved