ads

Selasa, 28 Jun 2011

13 di pulau redang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


Pencinta makanan dan trip melancong: Hari kedua <b>di Pulau Redang</b>

Posted: 22 Jun 2011 11:18 PM PDT

Hari kedua di Pulau Redang
selepas Subuh aku tertidur semula
ngantuk, semalam tidur lewat baca novel tapi tak habis juga lagi
Lean dan Fizah dah keluar bersiar-siar di tepi pantai
sarapan pagi untuk memastikan badan ada tenaga untuk menjalankan aktiviti pada hari ini

8.30 pagi bot sudah sampai mengambil aku dan Fizah untuk aktiviti menyelam
Hafis dan Lean tidak mengikut kami kerana mereka ada aktiviti snorkeling di tempat lain
dengan semangat yang berkobar-kobar, kuusung fin kuningku dan mask serta snorkel
wetsuit hitam kuning dan bootie sudah tersarung di badan
kesimpulannya aku sudah bersedia untuk menyelam setelah kali terakhir berbuat demikian pada Disember tahun lepas

kami dibawa ke Redang Reef Resort
Zam, divemaster yang akan membawa kami menyelam memberi barang-barang kelengkapan untuk disiapkan
untuk aku dihulurkan BC dan Regulator serta 'weight'
untuk Fizah, semua barang kecuali mask dan snorkel

setelah siap memasang BC dan regulator pada tank maka kami mengangkut semua barang ke tepi pantai
destinasi pertama, menyelam di tepi pantai
House Reef
selaman pertama sudah membuahkan hasil
nampak sting ray yang duduk melepak di celah batu
melihatkan kami semakin dekat, binatang itu pun melarikan diri

sejuk betul air di Pulau Redang ni
suhu 28 darjah celcius
menggigil aku di dalam air
menyelam hanya sedalam 8.8 meter dan mengambil masa 36 minit

tempat kedua, kami pergi dengan bot
Southern Tip
pelbagai nudibranch dan coral fan yang kelihatan
air tetap sejuk
kali ni lama sikit menyelam daripada tadi iaitu 46 minit dengan kedalaman 20.1 meter

tengahari kami dihantar pulang ke tempat penginapan untuk makan dan berehat
aku sempat melelapkan mata di bilik
konon-kononnya mahu menyimpan tenaga untuk selaman seterusnya

pukul 1.45 petang, bot sampai untuk mengambil kami semula
kali ini Hafis dan Lean serta seorang lagi rakan baru, Feresa yang berasal dari Uzbezkistan mengikut kami kerana mereka tiada apa-apa aktiviti pada petang ini

mereka mengikut kami ke destinasi ketiga iaitu Paku Kecil
di sini kami nampak penyu dan moray eel
sea cucumber pun banyak
tapi penglihatan tak berapa bagus

seperti biasa, mask aku cepat berkabus walaupun sudah macam-macam aku cuba letak
colgate, sabun dan anti-fog
penat jugalah asyik nak buat prosedur 'mask clearing'

destinasi keempat, Hafis, Lean dan Feresa tak ikut kami
mereka tinggal di Redang Reef Resort kerana mahu melakukan aktiviti snorkeling di situ

Zam bawa aku dan Fizah ke Tanjung Mak Cantik
bersama kami ada sekumpulan budak-budak Cina yang buat 'discovery scuba'
tak silap aku ada 6 orang

oleh kerana ramai sangat yang buat discobery scuba,
walaupun divemaster ada ramai tapi Zam tetap sibuk dengan budak-budak tu
maka aku dan Fizah agak terbiar
maka kami ikut sahaja kumpulan beramai-ramai tu kerana Zam sekejap ada di sini, sekejap di sana
nampak penyu lagi di sini

apabila budak-budak discovery scuba itu telah naik, Zam membawa kami meneruskan selaman
hingga akhirnya kami muncul betul-betul di hadapan pantai Redang Reef Resort
pelik juga aku sebab pada awalnya kami pergi dengan menaiki bot
rupa-rupanya kami menyelam mengelilingi tempat itu
kali ini menyelam 53 minit, kedalaman hanya 10.3 meter

yang lebih mengkagumkan aku sendiri, selepas habis selaman meter di tank aku menunjukkan ada baki 125 bar untuk 3 selaman pertama manakala selaman terakhir berbaki 100 bar
maksudnya aku hanya guna 75 bar untuk 3 selaman pertama dan 100 bar untuk selaman keempat

tak sangka berjaya menyelam sebanyak 4 kali pada hari ini
sungguh gembira dengan diri sendiri

satu selaman harganya RM90
kelengkapan penuh dicaj RM50
manakala BC dan regulator dicaj RM30

selesai aktiviti selaman, pulang ke tempat penginapan
Hafis, Lean dan Fizah sambung main bola tampar
aku pula aktiviti kegemaran iaitu bergolek-golek tepi pantai

ketika aku mandi di bilik, mereka sudah menukar kepada aktiviti lain pula
iaitu menimbus orang dengan pasir
mangsa yang kena timbus ialah Fizah
siap bergambar lagi
Feresa pun ikut serta

malam ada barbeque
tapi inilah pertama kali aku pergi pulau, kena masak sendiri untuk BBQ
disediakan ayam, sosej, fishball, ikan
sudah la perut lapar, menunggu di hadapan tempat panggang yang panas ni memang menguji kesabaran
aku kelaparan sebab penat menyelam
alangkah bagusnya kalau datang-datang, terus boleh ambil dan makan

lama juga nak tunggu ayam dan ikan masak
ada orang siap masak semula kerana ayamnya masih berdarah
awal sangat dia angkat agaknya

apalah salahnya sediakan seorang pekerja untuk masakkan BBQ untuk pengunjung
kasihan pengunjung kena buat sendiri
lainlah kalau kami berkhemah sendiri dalam hutan
itu sudah cerita lain
tapi ini pakej berbayar yang kami ambil
selalunya mana-mana pulau yang aku pergi, memang ada pekerja yang akan buatkan BBQ tu

aku makan dua ketul kepak, sepotong ikan, dua batang sosej dan dua biji fishball
yang kelakarnya fishball tu dah selamat masuk mulut masa tunggu makanan yang lain masak

sambil makan kami dihidangkan dengan filem Solomon Kane
aku tak pernah tengok filem ni
ok la filemnya

hujan lebat malam ni
terasa sejuk sangat

selepas habis makan dan menonton Solomon Kane, semua orang dah letih
masuk ke bilik dan tidur
aku masih gigih bertahan untuk menghabiskan pembacaan novel 7 Hari Mencintaiku
akhirnya pukul 1 pagi, selesai juga novel setebal 1048 halaman ini
puas hati dengan jalan cerita dan penamatnya
kalau tak puas hati, mahu aku campakkan ke laut novel ni

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved