Jumaat, 2 Mei 2014

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


T-Team Pulih Semangat <b>Di Pulau Redang</b> - teganukita.my

Posted: 29 Apr 2014 01:29 AM PDT

t-team 2014 1

Pasukan T-Team pulih kekuatan dan ikuti kem motivasi di Pulau Redang

Peluang waktu berehat dalam saingan Liga Super digunakan sebaik mungkin oleh T-Team untuk membina se¬mula semangat mereka yang goyah ketika ini akibat prestasi buruk.

Tiada tempat lain yang dilihat lebih baik untuk membina semula kekuatan mental mereka selain Pulau Redang, dekat sini, untuk mengadakan kem motivasi.

Pengendali T-Team, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, kem motivasi ber-kenaan merupakan inisiatif The Titans dalam usaha untuk memantapkan kemampuan pasukan mengharungi baki saingan Liga Super.

Katanya, walaupun penganjuran kem itu berbeza berbanding me¬nga¬dakan perlawanan persahabatan tetapi diyakini mampu mening¬katkan persefahaman pemain, sekali gus memperkukuhkan kedudukan liga.

"Pihak pengurusan telah me¬lan¬tik pakar motivasi dalam kem ini bagi meningkatkan motivasi para pemain.

"Kami harap dengan adanya kem motivasi ini, semangat pemain dapat ditingkatkan bagi mengharungi baki saingan Liga Super," katanya.

T-Team kini di tempat kesembilan carta Liga Super dengan memungut 15 mata daripada 14 perlawanan.

Prestasi tidak konsisten skuad The Titans itu turut menerima teguran daripada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Mohd Azraai memberitahu, kem motivasi selama tiga hari dua malam itu juga akan menjadi platform untuk menentukan hala tuju serta sasaran pasukan apabila saingan Liga Super disambung semula 4 Mei ini.

Katanya, ia perlu dilakukan kerana pasukan mempunyai pemain tempatan dan import baharu bagi memastikan mereka mengetahui sasaran sebenar pasukan.

"Kami mahu meningkatkan persefahaman dan komunikasi pemain lama dan baharu agar dapat menjadi satu pasukan mantap kelak.

"Dalam pada itu, kami juga telah mengenal pasti kelemahan yang membelenggu pasukan sepanjang kempen Liga Super," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads