ads

Isnin, 19 Mei 2014

13 di paka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


(3 GAMBAR) Remaja Lelaki Lemas Ketika Mandi <b>Di</b> Pantai <b>Paka</b> <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2014 11:22 PM PST

"Dia beberapa kali meminta tolong, tetapi saya menyangkakan dia main-main," kata Najib Norkaferi, 19, rakan Mohd Khairul Adamy Abas, 24, yang mati lemas ketika mandi di Pantai Paka, Dungun petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa yang berasal dari Sungai Tong, Setiu, disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Paka.

Najib berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama mangsa yang bekerja sebagai pembantu penyelia sebuah syarikat petrokimia di Paka, di sini, serta dua lagi rakan ke pantai terbabit untuk mandi kira-kira jam 5.30 petang.

"Kami bertiga bermain air di tepi pantai dan Mohd Khairul mengambil pelampung pukat yang ditemui di situ sebelum berenang ke tengah laut.

"Saya menasihatinya supaya berhati-hati, namun dia hanya senyum kepada saya sambil bergerak ke tengah laut kira-kira 80 meter dari pantai," katanya ketika ditemui di Balai Polis Paka semalam.

Menurutnya, tidak lama kemudian dia mendengar mangsa menjerit meminta tolong dan dia bersama dua rakan tidak peduli kerana menyangka Mohd Khairul bergurau.

"Selepas beberapa kali dia meminta tolong, kami bertiga mula panik, tetapi takut untuk menyelamatkannya kerana kami tidak pandai berenang.

"Beberapa nelayan yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian, berlari menaiki bot dan ke tengah laut bagi menyelamatkan Mohd Khairul," katanya yang berasal dari Temerloh, Pahang.

Menurutnya, nelayan terbabit mengangkat Mohd Khairul ke atas bot sebelum membawa dia ke darat dan mengejarkannya ke Klinik Kesihatan Paka.

"Biasanya Mohd Khairul pulang ke kampungnya di Setiu setiap Khamis, tetapi hari ini (semalam) dia beria-ia tidak mahu pulang ke kampung kerana hendak mandi di situ," katanya.

Ketua Polis Daerah Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved