ads

Isnin, 19 Mei 2014

13 di besut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Negara PR: Adun <b>di</b> Parlimen <b>Besut</b> &#39;hilang&#39;

Posted: 13 May 2014 06:28 PM PDT

BESUT - Kesemua Adun di bawah Parlimen Besut tidak dapat dihubungi semalam oleh media dalam usaha untuk mendapatkan ulasan atau komen mereka berkaitan pertukaran Menteri Besar dan isu berkaitan beberapa pemimpin Umno yang keluar parti.
Bagaimanapun Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dalam khidmat pesanan ringkasnya (SMS) kepada Sinar Harian menyatakan, beliau akan kekal bersama Umno walau apa pun terjadi.
Beliau berkata, sebagai wakil rakyat yang dipilih dan diberi mandat rakyat dalam PRK Dun Kuala Besut lalu, maka sudah tentu tugasnya adalah untuk mempertahankan Umno dan BN.
"Saya tak boleh mengkhianati amanah yang diberikan rakyat sebelum ini dan saya akan kekal bersama Umno," katanya.
Sementara itu orang terdekat Timbalan Ketua Umno Bahagian yang juga Adun Kota Putera, Mohd Mahdi Musa atau lebih dikenali sebagai 'Abe Adi' memberitahu tidak terlibat dalam isu tersebut.
Menurut sumber, Abe Adi akan menganjurkan program Solat Hajat di Dewan Pejabat Penyelaras Dun Kota Putera pada malam ini (semalam) bagi memohon pertolongan ALLAH SWT dalam menangani kemelut pentadbiran sekarang.
Manakala Ketua Umno Bahagian Besut yang juga Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad gagal dihubungi, namun orang terdekatnya meminta penyokong dan ahli Umno bertenang kerana Nawi akan membuat keputusan yang terbaik untuk parti.
Adun Jertih, Muhammad Pehimi Yusof juga tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan beliau dan petang kelmarin, difahamkan wakil rakyat terbabit ke Kuala Lumpur kerana mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pemimpin sepatutnya jangan 'lari'
Sementara itu, Ketua Cawangan Umno Bandar Jertih, Mohd Sani Mohd Jahal melahirkan rasa kesal kerana pemimpin di Besut kesemuanya gagal untuk dihubungi.
Katanya, pemimpin setempat sepatutnya jangan 'lari', mereka sepatutnya memberi penjelasan kepada penyokong dan rakyat yang diibaratkan terumbang ambing di Besut.
"Beritahu apa yang berlaku kepada rakyat dan penyokong kerana mereka yang mengundi kita sehingga kita jadi wakil rakyat," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Besut.
Dalam pada itu Sinar Harian turut dihubungi oleh individu yang juga merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di daerah pada penggal lalu yang mendakwa menyokong Ahmad Said dan berhasrat untuk keluar parti Umno.
Bekas Pengerusi JKKK yang tidak terpilih untuk jawatan itu baru-baru ini memberitahu, enam orang dalam barisan JKKK beliau sebelum ini tidak dipilih semula oleh kepimpinan baharu Dun dan bakal keluar parti.
Kumpulan veteran Umno Kampung Dengir dan Tok Has pula mahukan Dun Terengganu dibubarkan sekiranya ramai wakil rakyat Umno yang keluar parti.
Ahli veteran Umno, Yusof Ali berkata, sekiranya BN tidak layak lagi memerintah Terengganu atau berada dalam keadaan tidak selesa, maka wajar Dun dibubarkan bagi memberi peluang pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
"Kalau buat PRN baru puas hati siapa kalah dan menang. Namun, yang penting kami mahukan rakyat negeri ini tidak tersepit dengan apa yang berlaku sekarang," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved