ads

Jumaat, 16 Mei 2014

13 di paka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di paka</b> - Google Blog Search

Posted: 11 May 2014 09:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di paka</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2014 09:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di paka</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Mar 2014 09:13 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Lelaki 10 hari bertunang maut kemalangan <b>di Paka</b> | Terengganu <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2014 07:45 PM PST

Keadaan kereta yang dipandu Mohammad Alias remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Paka, Dungun.

"Arwah baru 10 hari bertunang dan saya tidak menyangka hasratnya untuk berkahwin berkecai di tengah jalan," kata Hamdan Taib, 37, selepas adiknya terbunuh dalam kemalangan di Paka, malam kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 8.15 malam di Kilometer 100.4, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Persimpangan Lampu Isyarat ke Taman Uda Murni Paka, dekat sini, Mohammad Alias Taib, 29, maut selepas hancur kedua belah kaki dan patah kedua belah paha.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota Vios dipandu Haazim Ahmad Ibrahim, 26, bersama adiknya Hasbullah, 16, dari arah Paka ke Dungun dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

Mohammad Alias yang memandu kereta PROTON Iswara dari arah bertentangan gagal mengelak, lalu merempuh Toyota Vios terbabit. Sebuah lagi kereta jenis Toyota Harrier yang dipandu dari arah belakang turut gagal mengelak dan merempuh Toyota Vios.

Hamdan berkata, ketika kejadian arwah adiknya itu yang tinggal bersama kakaknya di Kampung Telaga Papan Kerteh, Kemaman pulang ke Marang menemui keluarga selepas bercuti tiga hari.

"Ketika kejadian, arwah dalam perjalanan pulang ke rumah kakaknya di Kerteh dan sebaik tiba di tempat kejadian dia kemalangan," katanya.
Beliau berkata, anak kelapan dari 10 beradik itu bertunang dengan seorang pensyarah berusia 20-an yang bertugas di Kolej Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) cawangan Kuala Terengganu.

Hamdan berkata, arwah bertunang dengan gadis pilihannya dari Kampung Gong Kiat, Kuala Terengganu pada 14 Januari lalu dan dia sama sekali tidak menyangka adiknya itu tidak sempat mendirikan rumah tangga selepas meninggal dunia dalam kemalangan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Dungun, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.

"Semua pemandu dan penumpang dua lagi kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu hanya cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Dungun," katanya.-bh

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di paka</b> - Google Blog Search

Posted: 01 May 2014 09:42 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

(3 GAMBAR) Remaja Lelaki Lemas Ketika Mandi <b>Di</b> Pantai <b>Paka</b> <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2014 11:22 PM PST

"Dia beberapa kali meminta tolong, tetapi saya menyangkakan dia main-main," kata Najib Norkaferi, 19, rakan Mohd Khairul Adamy Abas, 24, yang mati lemas ketika mandi di Pantai Paka, Dungun petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa yang berasal dari Sungai Tong, Setiu, disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Paka.

Najib berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama mangsa yang bekerja sebagai pembantu penyelia sebuah syarikat petrokimia di Paka, di sini, serta dua lagi rakan ke pantai terbabit untuk mandi kira-kira jam 5.30 petang.

"Kami bertiga bermain air di tepi pantai dan Mohd Khairul mengambil pelampung pukat yang ditemui di situ sebelum berenang ke tengah laut.

"Saya menasihatinya supaya berhati-hati, namun dia hanya senyum kepada saya sambil bergerak ke tengah laut kira-kira 80 meter dari pantai," katanya ketika ditemui di Balai Polis Paka semalam.

Menurutnya, tidak lama kemudian dia mendengar mangsa menjerit meminta tolong dan dia bersama dua rakan tidak peduli kerana menyangka Mohd Khairul bergurau.

"Selepas beberapa kali dia meminta tolong, kami bertiga mula panik, tetapi takut untuk menyelamatkannya kerana kami tidak pandai berenang.

"Beberapa nelayan yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian, berlari menaiki bot dan ke tengah laut bagi menyelamatkan Mohd Khairul," katanya yang berasal dari Temerloh, Pahang.

Menurutnya, nelayan terbabit mengangkat Mohd Khairul ke atas bot sebelum membawa dia ke darat dan mengejarkannya ke Klinik Kesihatan Paka.

"Biasanya Mohd Khairul pulang ke kampungnya di Setiu setiap Khamis, tetapi hari ini (semalam) dia beria-ia tidak mahu pulang ke kampung kerana hendak mandi di situ," katanya.

Ketua Polis Daerah Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved