ads

Jumaat, 16 Mei 2014

13 di jerangau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Pegawai TNB parah kereta rempuh tiang elektrik <b>di</b> Jalan <b>Jerangau</b> <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2014 07:18 AM PDT

KEADAAN kereta Toyota Camry yang terbabas dan melekat pada tiang elektrik.

Seorang pegawai Tenaga Nasional Bhd (TNB), parah apabila kereta Toyota Camry yang dipandunya hampir putus dua akibat terbabas dan merempuh tiang elektrik di Kilometer 166, Jalan Jerangau-Jabor, dekat Pejabat FELCRA Sungai Pergam, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa, Abdul Hakim Mohd, 47, dari Taman Perumahan TNB Paka, Dungun, yang memandu bersendirian dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, tersepit dan terperangkap di dalam kenderaannya sebelum berjaya dikeluarkan orang ramai yang berada di lokasi kemalangan.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Abdullah Zawawi Mohamad berkata, sejurus menerima panggilan, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Kemalangan berhampiran Ceneh, Kemaman di Jalanraya Jerangau-Jabor.

Katanya, apabila pihaknya tiba di lokasi kejadian, mangsa berjaya dikeluarkan orang awam yang berada berdekatan lokasi kejadian.

"Mangsa yang mengalami patah tangan dan luka di beberapa bahagian badan lain kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Harian Metro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved