Selasa, 13 Mei 2014

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Barisan Nasional Terengganu akhirnya &#39;Runtuh&#39;, ADUN <b>Bukit Besi</b> <b>...</b>

Posted: 12 May 2014 07:49 PM PDT


Barisan Nasional (BN) kini hanya tinggal 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu selepas seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno, Roslee Daud dari Bukit Besi meninggalkan parti itu.

Roslee bertindak keluar Umno pagi ini menyertai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib untuk menjadi Adun Bebas.

"Saya sudah melihat surat keluar Umno daripada Adun Bukit Besi itu," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.

Tindakan Roslee menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) kini menguasai majoriti kerusi DUN iaitu sebanyak 15 kerusi berbanding BN yang kini hanya tinggal 14 kerusi.

Syed Azman yang juga Adun Batu Burok berkata, PAS mempertimbangkan untuk membuat permohonan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi memanggil sidang DUN tergempar berikutan menteri besar Terengganu yang ada sekarang tidak lagi mempunyai sokongan majoriti.

"Kita sedang menimbangkan pilihan itu," katanya. Ahmad sebelum ini berkata lebih ramai lagi Adun Umno akan meninggalkan Umno dan menjadi Adun Bebas.

Sehingga kini, hanya dua membuat membuat pengumuman rasmi meninggalkan Umno bersama beliau.

Namun, pada majlis angkat sumpah Menteri Besar Terengganu baharu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman malam tadi, enam Adun termasuk Ahmad tidak menyertai majlis itu.

Mereka termasuk Adun Ajil dan Adun Bukit Besi yang sudah mengumumkan tindakan meninggalkan Umno.

Tiga lagi Adun yang tidak hadir ke majlis itu ialah Adun Kemasik, Rosli Othman; Adun Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dan Adun Pengkalan Berangan, Abdul Latif Awang lapor The Malaysian Insider

Laporan Ahmad Said dan Ghazali Taib keluar UMNO sila baca di SINI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads