Ahad, 13 April 2014

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


teganuku: Dadah Bernilai RM19 Ribu Dirampas <b>Di Kuala Terengganu</b>

Posted: 07 Apr 2014 11:50 AM PDT

Dadah bernilai RM19,000 dirampas di sebuah rumah di Kampung Surau Haji Daud di sini Rabu lalu. Dadah disyaki heroin seberat 48 gram dan 788 pil kuda seberat 78 gram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Negeri, Supt Md Tahir Kassim berkata seorang suspek berumur 46 tahun turut ditahan.

Beliau berkata kegiatan pengedaran dadah itu dipercayai baru bertapak di kawasan tersebut.

Dipercayai bekalan dadah itu diperoleh dari negara jiran untuk diedarkan di sekitar Kuala Terengganu, katanya.

Sementara itu dalam kes berasingan, 11 orang ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 di Pulau Perhentian dan pihak polis merampas 254 biji pil kuda serta dua botol dadah yang disyaki heroin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads