Ahad, 13 April 2014

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


(6 Gambar) Penuntut UiTM Dungun maut motosikal dinaiki langgar <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2014 06:21 PM PDT

Seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun maut setelah motosikal yang ditunggangya merempuh pintu sebuah kereta di Kilometer 135 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan hari ini.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi tadi, pelajar itu,Muhammad Akmal Abdul Rahman, 20 yang menunggang motosikal Yamaha LC135 dari Dungun ke Kuantan telah melanggar pintu hadapan sebelah kiri sebuah Proton Preve yang datang dari arah bertentangan di tengah persimpangan lampu isyarat Bukit Anak Dara.

Mangsa ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang sempena cuti semester selama dua minggu.

Muhammad Akmal maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads