Selasa, 29 April 2014

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Mar 2014 03:02 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Mar 2014 03:37 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Persatuan Belia MBFM FELDA <b>Jerangau</b> Kekal Diterajui Azani <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2014 04:10 AM PST

Persatuan Belia MBFM FELDA Jerangau Kekal Diterajui Azani

IMG-20140228-WA0030

SEPERTIMANA di kawasan tanah-tanah rancangan FELDA yang lain, belia-belia di FELDA Jerangau juga tidak ketinggalan dalam mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Belia Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM).

Mesyuarat Agung Persatuan Belia MBFM FELDA Jerangau bagi penggal 2014-2016, telah diadakan pada 28hb Februari 2014 yang lalu pada jam 9.30 malam, bertempat di Dewan Sivik FELDA Jerangau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi merangkap Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kepenggunaan Koperasi, YB Roslee Daud telah merasmikan persidangan tersebut.

Nadia Shakila Majid telah dijemput sebagai pemerhati persidangan.

Nadia adalah Exco Kebudayaan MBFM Wilayah Terengganu dan juga Penyelaras Puteri UMNO DUN Ajil.

Hasil persidangan tersebut, mesyuarat telah memberikan kepercayaan kepada Mohd Azani Noor untuk terus meneraju Persatuan Belia MBFM FELDA Jerangau bagi sesi 2014-2016.

Naib Pengerusi 1, Aziz Jaafar dan Naib Pengerusi 2, Raidah Abd Razet, turut dikekalkan.

Turut hadir didalam persidangan adalah Exco MBFM Wilayah Terengganu, Rashid Rida Mohammad dan Mohd Laisani Dollah.

IMG-20140228-WA0027

IMG-20140228-WA0028

IMG-20140228-WA0029

IMG-20140228-WA0030

IMG-20140228-WA0031

IMG-20140228-WA0032

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada March 2, 2014 - 8:10 pm oleh Shazuein Azmaini

felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 04 Mar 2014 12:00 AM PST

Pusat Sumber SK Felda Jerangau Barat , Hulu Terengganu telah tercalon ke peringkat kebangsaan Pertandingan Pusat Sumber. Penilaian PSS Peringkat Kebangsaan telah dilakukan pada hari semalam 19 Jun 2013 oleh dua orang Hakim yang begitu berpengalaman dan berwibawa  iaitu En Zakaria Hassan ( Pen Pengarah BTPN Kelantan ) dan Tn Hj Hasrimi b Mohamad ( Peg Perpustakan IPG Kampus Kota Bharu )

Alhamdulilah, semua urusan penghakiman telah berjalan lancar dan dipermudahkan segala olehNya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada dua panel hakim En Zakaria bin Hassan ( Pen Pengarah BTPN Kelantan ) dan Tn Hj Hasrimi B Mohamad ( Peg Perpustakaan IPG KKB ) di atas penilaian yang dibuat dengan penuh komitmen dan benar-benar ikhlas dalam menilai dan memberi kata nasihat serta secara tidak langsung mengajar banyak perkara khususnya berkaitan menjadikan PSS sebagai yang terbaik.

Semua pihak memberi kerjasama yang jitu sepanjang penghakiman berjalan samada di pihak panel dan juga guru, pekerja serta murid-murid skfjb. Semuanya memberi sumbangan yang amat bermakna dan membantu dalam memastikan PSS muncul sebagai juara bak kata Tuan Guru Besar " Kita berhasrat dan mempunyai impian yang tinggi untuk membawa balik gelaran JUARA PSS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN INI DI BUMI FELDA JERANGAU BARAT ".InsyaAllah ia akan menjadi kenyataan.

Usaha telah dibuat dengan penuh semangat dan kesungguhan telah dijelmakan oleh semua pihak termasuk JPN, BTPN, PPD, PKG, GPM, PIBG, NGO,  Warga Masyarakat, Guru-guru, Pekerja, dan tidak ketinggalan murid-murid yang tidak kurang sumbangannya dalam memikat hati para hakim.

Sememangnya para hakim memuji dan mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan dan GPM khususnya kerana berjaya menghasilkan PSS yang berjaya dan berkualiti. Segala aspek penilaian yang dikehendaki dapat dibuktikan hampir 100%. Mereka akui sukar mencari kelemahan dan hampir semua mendapat markah penuh dalam aspek-aspek yang di nilai.

Selain dari itu kekuatan yang kita ada adalah konsep warna warni yang ditonjolkan memukau dan memberi aura yang tersendiri kepada panel hakim dengan menyatakan pertama kali masuk ke pintu pagar sekolah aura itu telah dirasai dan apabila menuju jauh kedalam kawasan sekolah aura itu semakin menebal dan telah seolah-olah memahat kuatdiri  mereka sehinggakan terasa amat sukar untuk meninggalkan sekolah ini.

Tahniah, dan terima kasih sekali lagi. Kita tunggu keputusan dengan penuh harapan dan segala keputusan yang bakal diumumkan kita terima dengan redha dan berserah kepadaNya.


Kepada Semua yang terlibat dalam mendorong kejayaan ini daripada JPNT. BTPNT, PPD, PKG Hulu, GPM Daerah Hulu, Pengurus Felda. Pengurus Kilang, PIBG, Masyarakat Setempat, Guru-guru dan semua warga SKFJB  kami mengucapkan jutaan terima kasih atas dorongan anda semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads