ads

Selasa, 29 April 2014

13 di dungun - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Dua remaja maut dalam dua nahas <b>di Dungun</b> – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2014 05:24 PM PDT

DUNGUN: Dua remaja maut setelah motosikal mereka terlibat dalam dua kemalangan di sini awal pagi semalam.

Jurucakap polis berkata Mohd Fadli Iddin Ruslan, 19, terkorban selepas motosikalnya terbabas di Km 74.3, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan sebelumtercampak ke atas jalan dan diheret sebuah pacuan empat roda sejauh 50 meter.

Mangsa maut selepas menerima rawatan di Hospital Dungun sementara pemandu dan penumpang pacuan empat roda berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Dalam satu lagi kes, seorang jurujual penapis air, Abdul Rahman Mohd Fauzi, 20, terbunuh selepas motosikalnnya dikatakan dirempuh sebuah kereta di Km 79.2,Jalan Kuala Terengganu-Kuantan manakala pemboncengnya Mohd Salahuddin AlhafrizMazlin, 20, cedera parah.

Pemandu kereta tersebut Abdul Aziz Ruslin, 18, dan rakannya Iqbal Husni Wan Nanang, 19, cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Dungun.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kedua-dua kemalangan. — Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved