Isnin, 24 Mac 2014

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


teganuku: Projek Pangsapuri <b>Di Pulau Redang</b> Legakan Penduduk <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2014 04:19 PM PDT

Pangsapuri mampu milik bernilai RM32 juta yang dibina kerajaan negeri Terengganu di sini memberi kelegaan kepada penduduk sekitar kerana ada dalam kalangan mereka yang sebelum ini terpaksa berkongsi rumah dengan ibu bapa.

Seorang nelayan, Awang Mat, 43, berkata pembinaan pangsapuri itu adalah khabar gembira kepada anggota keluarganya apabila Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta agar projek itu disiapkan pada akhir tahun ini.


"Ini khabar gembira pada golongan muda yang baru sahaja berumah tangga. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu berkongsi sehingga tiga atau empat keluarga dalam satu rumah," katanya pada Bernama dalam satu tinjauan sekitar Pulau Redang.

Beliau berkata generasi baharu amat beruntung kerana kerajaan begitu cakna dengan keadaan mereka dan menjaga kebajikan golongan itu. Awang berkata beliau berkongsi rumah peninggalan ibu bapanya dengan empat keluarga lain. "Bilik air dalam rumah itu ada satu.


Bayangkan lima keluarga tinggal dalam satu rumah dan apa yang terjadi sekiranya kami semua terdesak hendak menggunakan tandas," katanya. Pemandu pelancong yang ingin dikenali sebagai Hamid, 27, berkata beliau baru berkahwin empat bulan lepas dan bersyukur dengan inisiatif kerajaan bagi memastikan keselesaan penduduk Pulau Redang.

"Orang yang baru berkahwin seperti saya sudah pasti bercita-cita untuk mempunyai kediaman sendiri.

"Pembinaan pangsapuri itu memberi harapan kepada saya dan isteri untuk membina keluarga kami sendiri," katanya yang kini berkongsi dengan tiga keluarga adik-beradiknya tinggal di rumah ibu bapa mereka.

Seorang suri rumah, Wok Jalil, 65, pula berkata sebagai ibu, beliau amat gembira kerana generasi muda di pulau itu berpeluang memiliki kediaman sendiri.

"Tanah di Pulau Redang amat terhad. Tidak ada banyak tanah kosong yang sesuai dijadikan kediaman bagi golongan muda. Dengan adanya pangsapuri yang kerajaan bina itu, masa depan mereka akan lebih terjamin," katanya.

Kelmarin, Ahmad Said berkata projek pangsapuri mampu milik di Pulau Redang yang mempunyai 160 unit rumah itu, akan disiapkan pada akhir tahun ini dan boleh didiami awal tahun depan.

Projek yang mempunyai beberapa kemudahan seperti gelanggang futsal dan dewan serba guna, mula dibangunkan pada April 2012 dan dijangka siap dalam suku ketiga tahun lepas.

Bagaimanapun, proses pembinaan projek itu mengalami dua kali kelewatan berikutan kesukaran mendapatkan bahan mentah pada musim tengkujuh selain tapak lokasi yang lembut.

Oleh itu, kerajaan negeri menggesa kontraktor binaan projek menyiapkan projek berkenaan tahun ini.

Kerajaan Terengganu yakin 160 unit rumah pangsa mampu milik di Pulau Redang mampu memberi keselesaan kepada rakyat pulau itu terutama kepada keluarga generasi muda.

Ahmad Said berkata, projek perumahan bernilai RM32 juta itu merupakan projek perumahan pertama kerajaan negeri di Pulau Redang.

"Kita sedia maklum tanah di pulau ini sangat terhad dan kita mendapati terdapat sebuah rumah didiami sehingga empat keluarga.

"Setakat ini, 45 peratus telah siap. Dengan siapnya projek perumahan mampu milik ini, kita serba sedikit dapat membantu mereka," katanya kepada wartawan selepas melihat tapak projek rumah pangsa mampu di Pulau Redang semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; ADUN Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman dan semua Exco kerajaan negeri.

Projek itu dibina di atas tanah seluas 4.23 ekar dan kerajaan negeri masih belum menetapkan harga bagi satu unit rumah bagi tujuan penjualan kepada rakyat.

"Projek itu merupakan projek yang sesuai memandangkan di kawasan sekitar mempunyai klinik, balai polis serta kemudahan awam yang lain," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads