ads

Khamis, 6 Mac 2014

13 di pulau redang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: 3 hari 2 malam <b>di Pulau Redang</b> bersama Bazlan.

Posted: 24 Feb 2014 04:28 AM PST

AKRAB…Timbalan Pengarah Unit Komunikasi Negeri (UKOM) negeri, Roslan Abdul Rahman (kanan) sedang berbincang sesuatu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman ketika dalam perjalanan menaiki bot ke Pulau Redang, Jumaat lalu.

Seramai kira-kira 80 ahli rombongan menyertai lawatan Bazlan ke Pulau Peranginan antara tersohor di dunia itu, termasuklah JKKK Dun Batu Rakit, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Batu Rakit, beberapa kakitangan Pejabat Daerah Setiu, pegawai BTN dan wartawan media massa.


Pelbagai acara diadakan sempena lawatan selama tiga hari dua malam adun itu antaranya ialah pembahagian dana remaja, bantuan pakaian sekolah, seminar BTN untuk Pemuda dan Puteri UMNO Batu Rakit dan lawatan ke beberapa rumah penduduk. Walaupun terpaksa meredah lautan agak bergelora akibat angin Tenggara namun kesemua ahli rombongan tiba dengan selamatnya kira-kira jam 11 pagi selepas lebih sejam berada di lautan.

Dalam lawatan itu juga Bazlan sempat menyelesaikan beberapa masalah penduduk antaranya masalah koperasi dan bantuan untuk pesakit kronik serta melawat tapak projek rumah mampu milik yang sedang dalam pembinaan.

"Lawatan ini amat bermakna kepada penduduk Pulau Redang kerana beberapa masalah penduduk dapat diselesaikan serta boleh mengeratkan hubungan antara penduduk di daratan dan Pulau Redang ini.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit dengan lawatan ini termasuklah Pejabat Daerah Setiu, BTN dan sekumpulan wartawan yang sentiasa memberi sokongan kepada saya," katanya

Sesungguh lawatan YB Bazlan dan rombongan ke Pulau Redang memberi seribu makna kepada penduduk setempat semoga kehadiran semula nanti sekurang-kurangnya dalam menyelesaikan sebahagian daripada permasalah penduduk.

Rombongan selamat tiba di jeti Merang pada kira-kira jam lima petang semalam dan keadaan ombak yang semakin baik berbanding hari sebelumnya seolah-olah merestui pemergian rombongan itu ke Pulau ketiga paling popular di dunia itu .- Oleh: Aminudin Ismail.

















 

T E G A N U K I TA: Klinik kesihatan baru akan dibina <b>di Pulau Redang</b>

Posted: 24 Feb 2014 01:32 AM PST

Oleh: Noraini Jusoh

Sebuah klinik kesihatan baru bakal dibina di Pulau Redang April ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, pembinaan klinik kesihatan yang akan dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan lebih canggih merupakan keperluan untuk penduduk di pulau itu sekaligus bertujuan meningkatkan taraf kesihatan mereka.

"Dalam mesyuarat tindakan daerah baru-baru ini, saya telah dimaklumkan oleh jurutera JKR Daerah Kuala Terengganu bahawa pembinaan klinik baru akan dilaksanakan di Pulau Redang pada April ini.

"Klinik tersebut akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menggantikan klinik kesihatan sedia ada yang ditubuhkan sejak tahun 1977 dan beberapa kali diubah suai bagi menjaga kebajikan orang Pulau Redang supaya mendapat kemudahan kesihatan yang lebih terjamin," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pemberian dana pakaian sekolah di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang, baru-baru ini.

Katanya, beliau akui memang menjadi satu masalah kepada penduduk kerana kekurangan kemudahan di klinik Pulau Redang sekarang ini.

 "Dengan adanya klinik kesihatan baru itu nanti, penduduk boleh mendapatkan rawatan dengan lebih selesa berbanding dengan klinik kesihatan sedia ada yang masih belum mempunyai peralatan mencukupi untuk merawat pesakit di pulau ini," ujarnya.

Katanya, sudah tiba masanya penduduk Pulau Redang yang berjumlah kira-kira 2000 orang menikmati kemudahan klinik kesihatan yang dilengkapi peralatan yang lebih canggih dan serba lengkap.

 

Kerajaan negeri rancang bina sekolah menengah rendah <b>di Pulau</b> <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2014 09:00 PM PST

Oleh: Noraini Jusoh

Kerajaan negeri merancang untuk bina sebuah sekolah menengah rendah di Pulau Redang bagi memudahkan anak-anak pulau itu meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, ketika ini hanya terdapat sekolah rendah sahaja di pulau itu menyebabkan murid lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) terpaksa meneruskan persekolahan di tanah besar.

"Kalau ikutkan perancangan, sekolah yang bakal dibina berkonsepkan kompleks yang menempatkan sebuah sekolah rendah dan menengah di satu kawasan.

"Ia akan memberi kelebihan kepada pelajar tingkatan satu hingga tiga di pulau ini meneruskan pelajaran tanpa perlu bersekolah di tempat lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pemberian dana pakaian sekolah di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang, baru-baru ini.

Katanya, selain memudahkan pelajar meneruskan persekolahan, keselamatan mereka juga lebih terjamin apabila bersekolah di tempat sendiri.

Menurut Bazlan, lebih kurang 300 anak Pulau Redang sedang mengikuti pembelajaran di peringkat menengah, sekarang ini.

"70 daripadanya bersekolah di SMK Bukit Besar dan selebihnya di SMK Padang Midin, SMK Ibrahim Fikri dan lain-lain lagi," ujarnya.

Katanya, beliau mengharapkan pembinaan sekolah menengah rendah yang bakal mengubah nasib anak-anak pulau ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved