Khamis, 6 Mac 2014

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


<b>Besut</b>: Perbuatan Biadab,Masjid Diceroboh,Al-Quran <b>Di</b> Hina

Posted: 04 Mar 2014 05:58 AM PST











Biadab perbuatan penghinaan terhadap Al-Quran & Institusi Masjid yang tidak boleh dimaafkan sama sekali.Kejadian menghina Al Quran yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini  berlaku di daerah aku yakni Besut.
Kejadian berlaku di Masjid Kg Limbongan Kg Raja Masjid Limbongan, Kg Raja,Masjid Nasharuddin Shah, Kg Raja dan Masjid Ulul Albab, Jerteh.
Al Quran  dilihat disepahkan di dalam dan tangga Masjid.Bahkan tergamak pihak terbabit memasukkan Al Quran dalam mangkuk tandas.Selain itu peralatan Masjid turut dirosakkan.

Alhamdulillah tengahari tadi pihak Pas Kawasan Besut dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut bertindak pantas dengan membuat laporan Polis.Tahniah Pas Kawasan Besut.
Berikut Kenyataan Akhbar Yang Dipertua Pas Kawasan Besut Ust Wan Azhar Wan Ahmad :
KENYATAAN AKHBAR

Kejadian menghina Al Quran di tiga buah masjid di Besut
1) Masjid Limbongan, Kg Raja
2) Masjid Nasharuddin Shah, Kg Raja
3) Masjid Ulul Albab, Jerteh

 
Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kg Raja

PAS Mendesak :

1) Pihak Polis menjalankan siasatan secara menyeluruh dalam kes yang amat sensitif dan merbahaya seperti ini. Kawalan keselamatan hendaklah diperingkatkan samada di masjid atau rumah-rumah ibadat Non Muslim sehingga ke suatu tahap di mana status keselamatan itu diperakui oleh pihak polis.

2) Jangan ada pihak2 yang cuba merangka strategi permusuhan kaum & agama sewaktu masyarakat Non muslim sedang berlapang dada menerima kebaikan2 Islam dalam menyelesaikan masalah kehidupan.

3) PAS menawarkan khidmat Jabatan Amal untuk membantu pihak polis dan komuniti masyarakat setempat bagi sama-sama mempastikan rakyat hidup dalam keadaan aman dan selamat.

Sekian dan terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

HAJI WAN AZHAR WAN AHMAD
Yang DiPertua PAS Kawasan Besut
Merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads