ads

Jumaat, 28 Mac 2014

13 di kemaman - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


ISMA sedia sambut Ramadhan <b>di Kemaman</b> | Portal Islam dan Melayu

Posted: 30 Jun 2013 09:42 PM PDT

raudhah-ramadhan-Copy
CHUKAI, 29 Jun – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kemaman telah mengadakan program gotong-royong bersama ahli ISMA Kemaman sebagai persediaan menyambut kehadiran bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, di sini hari ini.

Gotong royong ini diadakan di premis rasmi ISMA Kemaman telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir 3 jam kemudian.

Menurut aktiviti ISMA Kemaman, Zaizul Irsyadi Zaman, "Gotong royong ini diadakan untuk memastikan premis ini bersedia untuk menerima kunjungan orang ramai apabila ISMA Kemaman menganjurkan program-program Raudhah Ramadhan kelak."

Ujar beliau lagi, "Seperti tahun-tahun lepas, ISMA telah merancang beberapa program menarik sempena Ramadhan seperti Majlis berbuka Puasa, 'Itikaf Bersama, Program Tadarus Al-Quran, Rehlah Ibrah Badar, Kempen Sumbangan Amal dan pelbagai lagi program menarik."

"Oleh itu, kesediaan premis ini sebagai lokasi rasmi Program Raudhah Ramadhan adalah amat penting bagi menjayakan program tahunan ISMA ini", jelas beliau.

Gotong-royong ini telah disertai lebih daripada 10 orang ahli aktif ISMA Kemaman yang menyumbang tenaga membersihkan premis ISMA Kemaman tersebut.

Pada masa yang sama mesyuarat ISMA Kemaman telah memberikan kata putus untuk menamakan premis berkenaan sebagai Balai Komuniti ISMA (BAKTI) dan langkah susulan akan dilakukan menyelesaikan urusan rasmi penamaan BAKTI Kemaman.

Individu yang berminat dengan program-program anjuran ISMA di Kemaman bolehlah menghubungi talian hotline ISMA Kemaman 013 977 0045.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved