Selasa, 11 Februari 2014

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


(3 Gambar) Tiga maut, dua parah kemalangan ngeri <b>di</b> Sungai Tong <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2014 05:30 PM PST

SALAH sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa di Kampung Bari, Setiu semalam.

Tiga terbunuh dan dua parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 48 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Kampung Bari, Sungai Tong, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh dikenali Mohd Farham Mohd Fisol, 16, pelajar Sekolah Menengah Imtiaz (SMI) Kemaman, Wan Nor Azeen Wan Ghazali, 24, pelajar Universiti Malaysia Pahang dan Rokiah Ab Rahman, 69.

Sementara mangsa yang cedera ialah pemandu kenderaan pelbagai guna Toyota Innova Mohd Fauzi Ibrahim, 46, serta tiga penumpang yang juga pelajar SMI Kemaman iaitu Husna Mardhiyah Mohd Fauzi, 15, Mohd Shakir Mohd Fauzi, 17, dan Mohd Faiz Mohd Fisol.

Seorang lagi penumpang kereta Proton Wira, Wan Nor Sofiana Wan Gazali, 15, dari Kampung Laut, Tumpat, Kelantan pula parah.

KERETA Proton Wira remuk dalam kemalangan yang meragut nyawa pemandunya, Wan Nor Azeen Wan Ghazali dan ibunya, Rokiah Ab. Rahim di Kilometer 48, Kampung Bari, Sungai Tong, Setiu.

Keadaan Proton Wira dipandu Wan Nor Azreen remuk teruk dalam nahas jalan raya yang meragut nyawa ibu dan anak itu di Kampung Bari, Setiu.

Pemandu dan penumpang kereta Proton Wira, Wan Nor Azeen dan ibunya Rokiah maut di tempat kejadian manakala Mohd Farham mati di Hospital Setiu.

Kejadian kira-kira jam 7.30 pagi berlaku ketika kereta Proton Wira yang dipandu Wan Nor Azeen melanggar seekor babi hutan dan terbabas ke kanan jalan serta bertembung dengan kenderaan pelbagai guna Toyota Innova dan sebuah lagi kereta Perodua Kelisa.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamad berkata, kejadian berlaku ketika kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohd Fauzi Usop dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu manakala kereta Proton Wira yang dinaiki tiga penumpang dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu.

Menurutnya, kenderaan pelbagai guna Toyota Innova pula dalam perjalanan dari dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu.

Katanya, pemandu dan penumpang kereta Proton Wira maut di tempat kejadian manakala seorang daripada lima penumpang kenderaan pelbagai guna Toyota Innova mati di Hospital Setiu.

Beliau mengingatkan semua pemandu Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di kawasan kejadian supaya berhati-hati kerana keadaan di situ sering berkabus di waktu pagi serta jarak penglihatan agak kabur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-hm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads